Pagi tadi pendaftaran batch baru program 'bantuan penganggur tegar' berjalan lancar. Dari 25 orang yang tersenarai, hanya 23 yang benar-benar komited ingin berubah. Dua orang lagi hilang dalam aksi (missing in action). Mungkin sudah dapat kerja baru atau mungkin terlupa atau mungkin saja-saja lihat nasib masih laku atau tidak. mampuslah kalau itu pun harus aku pertikaikan kenapa.
Habis pendaftaran, bergegas ke Putrajaya, urusan hanya selesai menjelang makan tengahari lalu terus ke Damansara. Sampai ofis terasa longlai tidak bermaya. Berfikir-fikir untuk ambil cuti rehat esok tapi memikirkan kerja, aku pejam mata. Pukul 4 harus masuk mesyuarat dengan pengurus-pengurus jabatan, emangnya aku mewakili boss yang tidak dapat hadir. Dua jam dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah aku cuma terkebil-kebil sambil kadang-kadang ikut tertawa. Jadi pemerhati sahaja lagaknya.
Sekarang, aku sudah mau pulang. Jiwa tidak tenteram. Penangan PMS yang periodnya entah bila kunjung datang. Saat ini rasanya aku perlu seseorang, seseorang yang sekejap ada dan sekejapan itu juga hilang.
Oh, harus berkecamuk jua bila semalam kuterima satu lamaran dari seorang pria yang kukenali melalui seorang teman. Haruskah diterima lamaran itu atau perlu tunggu DIA yang dahulu? Lantas aku teringat ungkapan Dira dalam lakonannya Seratus hari jadi "Andai dia tidak pernah memahami kamu, maka dia bukan pilihan terbaik buat kamu"... lantas, harus aku terima sahaja atau terus menunggu hingga DIA mengerti?
hmmmm... ku kira tajuk entri kali ni relevan dengan intinya. Titik!

No comments:
Post a Comment