30 June 2009

Kem Bimbingan Kasih


Minggu lepas aku berkesempatan join program Bingkas untuk kesekian kalinya. Bingkas kali ni agak berbeza dari Bingkas2 sebelumnya, dengan isu panazzzzz sentapzzzzz, jua dialek bahasa yang mungkin saja sukar kufahami, jua ceteknya ilmu memotivasi budak sekolah, kukira cukup membuat aku gundah gulana menjejak bumi Kelantan.

Tapi, demi menunaikan janji pada Kak Lang, serta keinginan menimba pengalaman di negeri Cik Siti Wan Kembang, aku kuatkan semangat, teguhkan tekad. Akhirnya SK Pauh Lima ku jejaki jua...ngehehee

Banyak perkara aku belajar di sana. Banyak pengalaman aku harungi bersama mereka-mereka yang hebat jua perasan diri hebat. Apapun, mana mungkin aku lupakan pengalaman mistik, ajaib, lucu, sedih, gembira, semua dikisar menjadi satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Biar Bingkas kali ini tidak sehebat bingkas2 terdahulu (kata mereka), tapi aku belajar banyak perkara disana.

Aku tak sabar menunggu Bingkas Penang. Bingkas terakhir andai aku harus melupakan Bingkas di Pontian, Johor. haruskah?

ok. nak gambar? nak cerita lebih lagi? apa kata pegi je blog erme dan picasa fify lagi untuk melihat sendiri keajaiban yang aku dan mereka alami...


23 June 2009

Apa korang buat kalau korang tersalah orang?

Hehehe,kejadian ini berlaku ahad lepas. Aku memenuhi jemputan sahabat 1 untuk aktiviti membakar ikan di rumah nenek di Hulu Langat. Sampai disana, aktiviti tidak berlangsung di rumah, sebaliknya beralih tempat ke tepian sungai. Huhhh! berkelah rupanya...menyesal tak bawak baju spare. kalau tak mesti aku dah terjun kat sungai.

Kat sana ada sahabat 1, sahabat 2, sahabat 3 dan sahabat 4. Ada 3 orang adik2 rumah solehah, dan ada nenek Ramlah dan nenek Busu... ada lagi seorang perempuan yang agak berusia yang dengan konfidennya aku assume dia sebagai nenek kecik.

Selesai makan-makan, borak-borak, gedik-gedik, main-main air ngan diorang aku beransur pulang. Dalam perjalanan balik Leha tanya aku pasal nenek kecik... rupa-rupanya nenek kecik tu mak kepada sahabat 1...kah kah kah... mati2 aku ingatkan dia ni sedara mara atau jiran nenek... rupa2 nya bakal mak mertua aku... gulp! bukan... bakal mertua bakal isteri sahabat 1 laaaaa.... hahaha

kepada sahabat 1 dan Makcik... zillion apologies. kalau tau makcik ni maknye sahabat 1, mesti saya dah berkelakuan lebih sopan... euuuuuu... apepun, makcik punye kuih Lopes tu memang sedap. Lembut. nanti buat lagi ye...

hehhh! sahabat 1, sampaikan salam kat mak ko yer...

22 June 2009

kecamuk jiwa hati gundah gulana

Pagi tadi pendaftaran batch baru program 'bantuan penganggur tegar' berjalan lancar. Dari 25 orang yang tersenarai, hanya 23 yang benar-benar komited ingin berubah. Dua orang lagi hilang dalam aksi (missing in action). Mungkin sudah dapat kerja baru atau mungkin terlupa atau mungkin saja-saja lihat nasib masih laku atau tidak. mampuslah kalau itu pun harus aku pertikaikan kenapa.

Habis pendaftaran, bergegas ke Putrajaya, urusan hanya selesai menjelang makan tengahari lalu terus ke Damansara. Sampai ofis terasa longlai tidak bermaya. Berfikir-fikir untuk ambil cuti rehat esok tapi memikirkan kerja, aku pejam mata. Pukul 4 harus masuk mesyuarat dengan pengurus-pengurus jabatan, emangnya aku mewakili boss yang tidak dapat hadir. Dua jam dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah aku cuma terkebil-kebil sambil kadang-kadang ikut tertawa. Jadi pemerhati sahaja lagaknya.

Sekarang, aku sudah mau pulang. Jiwa tidak tenteram. Penangan PMS yang periodnya entah bila kunjung datang. Saat ini rasanya aku perlu seseorang, seseorang yang sekejap ada dan sekejapan itu juga hilang.

Oh, harus berkecamuk jua bila semalam kuterima satu lamaran dari seorang pria yang kukenali melalui seorang teman. Haruskah diterima lamaran itu atau perlu tunggu DIA yang dahulu? Lantas aku teringat ungkapan Dira dalam lakonannya Seratus hari jadi "Andai dia tidak pernah memahami kamu, maka dia bukan pilihan terbaik buat kamu"... lantas, harus aku terima sahaja atau terus menunggu hingga DIA mengerti?

hmmmm... ku kira tajuk entri kali ni relevan dengan intinya. Titik!

21 June 2009

fuiyo makan duit betul!

lagi-lagi pernyataan yang menyebabkan aku tersentap tapi juga nak tergelak. Salah siapa kalau kamu gagal? salah cikgu kah? salah nota kah? kamu ajar anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh, anak main-main atau tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran dan anak kamu gagal dalam pelajarannya, siapa yang kamu salahkan? sekali lagi pastinya bukan cikgu, bukan juga silibus pengajaran... tetap salah anak kamu... bukan begitu?

kamu sendiri, kalau gagal dalam peperiksaan yang diambil, salah siapa? kelas ulangkaji berbayar yang kami sediakan bukan satu jaminan untuk kamu lulus. Kerana itu tiada paksaan untuk mengambil kelas ulangkaji yang agak mahal harganya.

Ingin aku katakan kamu bodoh, kamu katakan kamu golongan professional. Iya...proession kedoktoran bukan calang-calang orang dan harus malu lalu bunuh diri kalau terpaksa gagal dalam peperiksaan yang sedikit cuma. Tidak perlu menghafal berjenis-jenis urat kompleks di dalam badan, cukup memahami apa akta-akta terkandung didalam industri ini.

alahai...semalam aku menceceh satu kaum, hari ni harus membebel satu kerjaya.

cuba katakan pada aku, siapa yang makan duit? kamu yang dulu dibiayai kerajaan bagi menyambung pelajaran? atau organisasi aku yang menyediakan persedian untuk kamu bergelar Doktor Kesihatan Pekerjaan?

huhhhh! b****k!

20 June 2009

Apabila politik digunakan untuk kepentingan peribadi

This is the true story of mine. it happened yesterday bila aku dengan tidak sengaja telah terlepas pandang satu dokumen yang memungkinkan individu tersebut tidak boleh mengikuti program dibawah organisasi aku.

lantas aku telefon empunya badan memaklumkan masalah yang dihadapi. Secara tiba-tiba, individu tersebut melenting dan menyatakan hal ini tidak patut terjadi dan akan memaklumkan pada orang kuat kaum dia... hahaha! tergelak aku dalam hati, nasib baik kaum dia ni baru seorang jadi menteri. dah nak buat kecoh...tapi kan, sebelum menteri dia tu pun kaum ni memang selalu buat kecoh. nak kata tak sedar diri pun iye kottttt...

dah la menteri yang dia agung-agungkan tu pun ala-ala spesis bangang sebab isu terkini (aku rasa korang pun faham isu terkini tu apa)... dengan pengikutnya yang konon-konon mengugut nak terus bawa benda ni kepada orang-orang politik yang dia kenali...

hello misterrrr, kalau dah kata ada network baaaaaikkkk ngan orang politik, kenapa mesti minta tolong merayu-rayu dengan organisasi aku? kenapa tak minta tolong orang-orang politik yang engkau kata boleh tolong engkau terus cari kerja?

aku bukan racism... tapi perangai kaum ini membuat aku hanya akan tolong kaum aku dan kaum lain yang tak menyusahkan. Full stop!

**sekali lagi, tajuk ada kena mengena tak dengan entri? hehhhh!

17 June 2009

Yippieeeee!

Erk...ada gaya hepi tak tajuk entri tu? sort off lah kan. Sebenarnya tak gumbira pun, biasa-biasa saja. Cuma hari ni agak lega sebab beberapa urusan kerja berjalan lancar.

Dalam sibuk dengan kerja, terperasan satu emel dari seorang CEO, HOHHHHH! CEO hantar emel thru blackberry siot! ada cerita tentang terasa-terasa ati what so ever kan tapi yang tertariknya bila dilihat susur galur emel tu adalah fwd dari seorang sahabat bertajuk WHY ENGLISH SKILL IS A MUST.

hmmm... aku pun cakap broken broken english. Ntah bila nak fluent cakap omputih, big boss kitaorang pun galakkan kitaorang communicate in English untuk mengasah lagi bakat mengayat mat salleh..hehehe.

Bagi aku nak cakap ok, tapi tang grammar tu tunggang terbalik. Ye dakkk? lagi nampak ketunggangannya adalah semasa menulis proposal ape ke la***u secara formal.

ok, ape kene mengena ngan tajuk entri? takde pon, saje nak asah bakat menceceh dalam blog... yipppiiiieeeee!

16 June 2009

masyaAllah... dugaan betul hari ni

I tot it was 'penangan' PMS... sikit-sikit je nak terasa hati. Morning goes smoothly tapi menjelang tengahari everything macam sengaja condemn aku... demmit!

Lunch wiv ayam penyet, bukan teringin pun tapi kitaorang kena rehat awal sebab ofis asyik black out. Kecian encek PC sampai merajuk2 masuk Windows Vista Recovery. Sengal tak?

Owh, since kena rehat awal, cafe tak ready ngan lunch so kitaorang kena lah menapak ke luar premis.

Lepas lunch bersiap ke PSMB, nasib baik abang drebar tak bawak mengumpat dalam perjalanan makanya sempat tertido...ngehehe. Dari PSMB kitaorang ke Putrajaya pulak untuk urusan dengan Jabatan Tenaga Kerja.

Sampai ofis, terkejut sebab melambak courier pack atas meja. Nampak gaya malam ni kena stay back lagi... cancel nak buat laksa...uhuhu

eh, ada sesiapa tau cane nak buat laksa? habaq mai sat...

15 June 2009

Setahun lagi

hehhhh...

rindu kamu, rindu dia, rindu segalanya yang pernah aku miliki

rindu mau blogging-blogging...

Mau wish apa untuk beday kali ni?

Wish jumpa kamu, jumpa dia dan jumpa segalanya yang pernah aku miliki...

boleh begitu?