29 April 2009

ku mau bercuti panjang

ya betul tu, setelah berpenat lelah 7 hari seminggu hampir 8 minggu, aku rasa aku sangat lelah... aku perlukan rehat yang total...

dari hal peribadi, keluarga, kerjaya, sosial... semua menuntut pengorbanan masa... abeh masa aku kat situ je. Takde masa untuk sendiri. tapi aku puas... tapi aku jua lelah... aku perlukan rehat yang panjang...
nak rehat neh... seriussss... tapi nak korang enjoy da pic dulu ...

27 April 2009

lega... tapi ada lagi...

fuhhhh!!!

setelah hampir 3 jam duduk mengadap desktop, akhirnya urusan mendokumentasi calon-calon kumpulan pertama program Train & Place bagi Petrochemical Industry aku siap.

esok pagi-pagi harus pegi putrajaya untuk serahkan dokumen-dokumen ni. Lepas tu cam nak merayap, tapi keje lain bertimbun sebelum bercuti untuk Program Bingkas Langkawi. (sanggup siot amik cuti semata-mata Bingkas Langkawi)

Hmmm... Site visit untuk 4 kelas tak setel lagi. Cane neh? aku perlukan kampeni yang tempatnya boleh dilawat dan mereka gumbira menerima pelatih dari institusi yang aku makan gaji neh.

Aku perlukan tempat-tempat ini untuk kursus yang aku tengah koordinasi ie Certificate Programme for Safety & Health Officer, Monitoring of Noise Exposure, Occupational Health Doctor dan Occupational Health Nurse...

ada sapa2 mau offer ka? boleh emel kat aku alamat dan pegawai untuk dihubungi.

Thank you in advance!

mistik

berderau darah bila terima panggilan dari permata.
Ku cuba stabilkan emosi.
Dia tak mungkin datang mencari...
aku pasti ini...

bongok kamu mengaburi perasaanku...
sakitnya bila dirimu hanya sebuah ilusi...
nyah kamu dari pembaringan hati...



Nota kaki : harus tumpuanku terganggu gara-gara panggilan itu...

26 April 2009

lama

lamanyaaaaaa....

.
.
.
.
.

lama tak berkarya
lama tak mengumpat
lama tak mengeluh
lama tak memuji
lama tak memuja

.
.
.
.



erm,
lama juga tak bercinta...



huhhhh!





penat tau...

20 April 2009

makan malam minggu


Sebelum Makan

malam tadi, kita orang adik-beradik pegi makan malam kat Tasik Idaman. 6 of us. Aku, abang, kak syima, kakak, abg yus ngan mak kak syima.

Menu:
-Nasi putih
-Ikan talapia bakar... fresh, hidup lagi masa aku pilih2 ikan
-Ikan siakap kukus halia
-Tomyam Campur
-Kerang Bakar
-Sotong goreng tepung
-Asparagus masak udang ngan sos tiram
-Kailan Ikan Masin

Masa makanan sampai, penuh satu meja. Dalam hati "uish banyaknya lauk... boleh habis ke semua ni nanti?"

Tapi alhamdulillah, habis juga semua makanan yang ditempah. Sweeper adalah kakak ngan kak syima yang tengah mengandung tu...hahaha... bagusla...u ols makan untuk dua orang jadi kena makan lebih.


Selepas : Licin!

19 April 2009

yiehaaaa

wosh! aku terover excited lak. Bukan pe, malam tadi aku tak de plan nak g memana, pastu si kawan ni aku ajak kuar, lepak2 pusing KL, pastu aku ajak dia g Bagan Lalang... hahaha! apekah pegi Bagan Lalang pukul 11 malam. Aku tak expect dia setuju ngan ajakan aku. at first tergamam juga bila dia setuju... tapi aku taknak dia ubah fikiran so aku terus instruct jalan ke bagan lalang...hehehe

Kitaorang sampai kat sana dah nak dekat tengah malam tapi suasana disana masih meriah. ramai orang pacak khemah tepi pantai, thou takde angin masa tu tapi aku suka dengar bunyi ombak. Deruan ombak bikin gua tenang beb!

Paling suka, cuaca malam di Bagan Lalang semalam sangatlah indah... dengan keadaan air surut besar, langit pula dipenuhi bintang-bintang gemerlapan... damai ku rasa... ape lagi, aku layan lepak kat pantai tu sampai 4 pagi. Kesian si kawan, terpaksa layan karenah aku... ralat juga sebab aku tak reti nak baca bintang-bintang ni, kalau tak malam tadi mesti lagi happening mengira bintang...

Mula-mula memang agak boring, masing-masing diam sambil layan perasaan, tetiba angin mula bertiup, kitaorang mula buka bicara dan terus rancak bercerita sampai tak sedar masa berlalu dengan pantas. Pastinya, si kawan mula suka dengan pantai Bagan Lalang... hahaha! lepas ni ada la geng aku lepak Bagan Lalang lagi setelah Ju posting ke sarawak. Yes!


Nota Kaki : Mujur aku naik kete si kawan dan bukan naik Imran aku, kalau tak confirm aku layan main layang-layang tengah malam buta kat bagan lalang..hik hik hik

18 April 2009

pueh ati den

Penat tapi puas hati...

tu je yang aku boleh ungkapkan dengan site visit hari ni. Never expect to gain too much knowledge on OSH which are relate wiv d hotel industry, instead, i learn a lot from it! Thanx to Sunway Resort Hotel & SPA for giving us an oppurtunity to learn something from you.

Kalau pagi tadi aku agak neves + blur bila student tanya apa yang diorang akan lihat dan belajar dari site visit kat Sunway nanti (memasing expect pegi berfoya2 je laaa) but then petang ni memasing puas hati coz too much sharing knowlegde.

Ekceli, aku tak penah pon masuk sunway lagoon punya theme park, so that tadi menjejak lah jugak walaupun tak pegi mandi manda apatah lagi nak main2 kat sana. Tapi rasa macam best je... Next time kena pegi jugak neh... sapa mau belanja?


Nota kaki : beday pun tak lama lagi... kut2 la nak buat hadiah hari jadi...lalala lalala

17 April 2009

adoyaiiii...fenin

aku cukup tak faham bila kakak opis aku ni cam bengang ngan aku. nape ekkk? aku takdelah amik pot sangat ngan karenah macam tu tapi bila orang tanya-tanya, agak tergamam lah jugak...

Aku boleh je accept perilaku kakak tu, nak kata terasa tu memang lah terasa tapi aku tak layan sangat. Apekesssss... kalau layankan jadi lagi sakit ati. ye dak?

Paling aku tak boleh accept bila mengganggu kerja. Ello sister, kau bilang kau profesional tapi kau tak act pon macam pofessional, macam konvensional lagi ada, nak sentap2 lak...adoyaiiii

Kakak tu suppose report duty kat aku tapi suka ati dia bypass terus pada boss, tak pasal-pasal boss lak kena refer pada aku. Sekali tak pe, ni berkali-kali... kesian boss aku kan... nasib la boss duduk sebelah je ngan aku...

aku cam tak paham, ada jugak manusia macam ni. Tapi bila mengingatkan perangai manusia yang macam-macam ragam tu, so demmit lah!


Nota kaki : Ignorance is the best option

16 April 2009

He's Just Not That Into You

Aku baru je abih tengok muvi neh. Tengok kat alamanda. Sempoi je tengok sensorang. Tak tau nape, tertarik ngan tajuk kot but... erm... it's a lovely film actually...

"Based on the wildly popular bestseller from Sex and the City scribes Greg Behrendt and Liz Tuccillo, He's Just Not That Into You tells the stories of a group of interconnected, Baltimore-based twenty- and thirtysomethings as they navigate their various relationships from the shallow end of the dating pool through the deep, murky waters of married life, trying to read the signs of the opposite sex... and hoping to be the exceptions to the "no-exceptions" rule.

Gigi just wants a man who says he'll call--and does--while Alex advises her to stop sitting by the phone. Beth wonders if she should call it off after years of committed singlehood with her boyfriend, Neil, but he doesn't think there's a single thing wrong with their unmarried life. Janine's not sure if she can trust her husband, Ben, who can't quite trust himself around Anna. Anna can't decide between the sexy married guy, or her straightforward, no-sparks standby, Conor, who can't get over the fact that he can't have her. And Mary, who's found an entire network of loving, supportive men, just needs to find one who's straight.

If you've ever sat by the phone wondering why he said he would call, but didn't, or if you can't figure out why she doesn't want to sleep with you anymore, or why your relationship just isn't going to the next level... he (or she) is just not that into you. "

(Sumber :http://www.rottentomatoes.com/m/hes_just_not_that_into_you/)

Nota kaki : Sob sob...sengal tak sengal aku nangis jugak tengok citer komedi cenggini...

Gunung Tebu

Aku terima lawatan dari Dewa Rimba, pastu aku cam eksaitat lak nak join XTVT Panjat Gunung Tebu pada bulan Jun nanti. Kunun mau celebrate bday kat puncak gunung ... hohoho!

Sekali, aku dapat invitation plak berxpdc ke Gunung Tebu hujung minggu ni...apekah?

huwaaaaa... aku rasa cam nak nangis je...

aku nak ikot... tapi sabtu pagi aku ada lawatan tapak kat Sunway. Petang lak kena buat closing kelas OHN. Dah tu ahad petang pulak buat closing kelas SHO...cane nak menyelit?

Takpela, aku percaya pada rezeki masing-masing... minggu ni bukan rezeki aku, mebe next time. Btol tak?

Nota Kaki : Aku nak g recce Bukit Broga tuk adik-adik Rumah Solehah, sapa mau join?

15 April 2009

hari yang sama, tahun yang lain

Ari ni, seperti tahun lepas, aku akan mengingati tarikh ini...

Happy Birthday Akmal!
~semoga menjadi suami soleh serta abah yang dedikasi pada anak-anak... dengarnya dah jadi daddy pun ko ye, baby boy ke girl aku tak pasti pulak, nanti gathering SMAKK ble jumpa ko ngan wify ngan baby...~




Nota Kaki : Angin, sampaikan salamku pada dia...uhuk...

09 April 2009

aku cinta kamu

lately ni aku hilang ghairah untuk berkarya waima bicara kosong semata. di pejabat pun sama, hilang diri aku, zatnya ada tapi intinya melayang entah kemana.

Tadi, sebelum balik, kak syihan emel aku sesuatu, sesuatu yang buat aku mengalir air mata... aku copy & paste kan kat bawah untuk korang mengerti kenapa...

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu- satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa..

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20]Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Nota Kaki : Aku mahu berlari tanpa henti, namun lelah menjerat kerongkongku sampai mati...

07 April 2009

air

masa tengah bersiap nak g keje pagi tadi, topik kat MHI adalah pasal air, bagaimana nak jimatkan air, jangan membazir air, isu air bla bla bla... aku dengar sambil tadah air dalam kolah sebab nak mandi.

pastu aku berlari turun tangga sebab dah lewat nak g keje, sampai kat kete aku senyum, imran aku berseri ari neh sebab semalam aku dah mandikan dia kat H&H carwash... Imran pun wangi sebab aku bubuh pewangi Morning Freshness.

On da way ke pejabat yang tak sampai 10 minit tu aku sempat dengar si farah fauzana menceceh dalam hot fm, topik ari ni 'Jangan Tegur!'... huhhhhh...takut...

Sampai kat round-about kedua, tetiba rasa macam hujan... tapi tengok jalan ok je, cermin kete pun tak basah... aku lihat sebelah kiri, huhhhh! paip Syabas pecah dan air mencurah-curah... tak tau bila lagi jadi macam tu tapi yang pasti satu pembaziran air berlaku pagi ini.
Nota Kaki : Sape yang rugi? lu pikirlah sendiri...

06 April 2009

kepuasan peribadi

aku penat terkejar kesana kemari. Setiap kali bangun pagi, ku teringin tidur kembali tapi aku tetap bingkas bangun dan memulakan hari baru.

Aduh... penat... tapi ntah kenapa aku tetap teruskan rutin yang sama...

kepuasan peribadi? apekahhhhhh

04 April 2009

pilihan yang ku ada

aku pikir masak-masak. Aku bagi option, kalau A maka aku pegi, kalau B maka aku tak pegi.

1. Petang semalam, Aibah call kata nak tumpang rumah satu malam. Masih belum melangkau masa melagho maka aku katakan OK.

2. Malamnya pulak, kakak text bagitau kakak ipar masuk emergency di An-nur. Ini sudah parah, almost every week masuk ward and semalam masuk emergency. Risau jugak dengan kandungan dia...

But yet, aku tau jawapannya adalah B, makanya aku cancel program melagho ke Temasek. selamat berjimba rakan-rakan sekalian :(

Aibah pujuk aku, "tak pegi ngan member salam ble pegi ngan kitaorang, nanti aku buat passport, juju buat passport kita g sama-sama"... betul jugak... aku mengiakan dalam hati.

Hari ini, aku sudah buat satu resolusi :

Pagi - pegi keja, buat opening class SHO Part Time
Tengahari - Singgah An-nur jenguk kakak ipar, then Amik Ayip dan Mamu kat Rumah Solehah (they gonna sleep dekat rumah malam ni...beshnyeeee)
Petang - Lepak bagan lalang ngan ayip, ngan mamu, ngan aibah, ngan kakak ngan kakak ipar (kalau dah ble keluar) ngan leha jugak... men layang2, owh! miss dat moment so much! pastu makan ikan bakar kat sana.
Malam - Lepak kat rumah atau mungkin ke alamanda jalan-jalan, men bowling, maybe...

Nota kaki : Ok tak resolusi aku neh? oklaaa... aku nak sedapkan hati sendiri neh...hehe

03 April 2009

melagho

minggu ni tak pack sangat...erk..iyekee?

Balik dari Sabah, aku keje macam biasa but I do feel empty everywhere... baru ku sedar, aku dah lama tak melagho...

khabarnya ada sahabat ke Shenzen, ada yang merancang ke Melaka... owh... ada juga yang mengajak ke Singapura... gimana yaaaa?
Nota Kaki : Sila tunggu entry-entry seterusnya... kot2 lah tersasar dari rancangan asal. hehehe

01 April 2009

mengantuk

kembali bekerja setelah 6 hari bercuti memang sukar apatah lagi cuti kali ni bukan untuk berehat sebaliknya menghadiri majlis perkahwinan sepupu...

sudahnya pagi ni aku masuk kerja dengan suara yang serak dan mata yang semakin mengecil...




mengantuk weihhhhhhhh...