12 March 2009

Ceriakan hidupmu

Malam tadi aku tidur awal, disebabkan tidur awal, aku terlajak bangun tidur. Aku pun tak faham fenomena tidur awal bangun lewat dan tidur lewat bangun awal nih. Takpe, mungkin ada diantara kamu yang ingin bicara tentangnya... mungkin

Pagi tadi, walaupun agak kelam kabut, aku berazam nak ceria sepanjang hari. Cuba taknak layan mood swing.

Pagi, masuk ofis seperti biasa, selesaikan isu-isu kelas. Kemudian menghadiri mesyuarat protokol (baca : apekah aku lak yang kena pegi) dekat Institut Latihan Pos. Balik dari sana terus lepak kat opis. Makan tengahari dengan bekal yang kubawa siap-siap dari rumah. best jugak bila bawak bekal nih. Satu, jimat. Dua, sedap ikut selera sendiri. Tiga, berkhasiat dan dijamin bersih. Empat, puas hati. Lima, lu pikirlah sendiri... hehehe

Petang mula buat claim trainer. Alhamdulillah, semuanya serba mudah. Kemudian baru teringat masalah report yang sepatutnya di selesaikan hari ni. Call Iela, pegi HKL, alahai... kena tunggu pulak. Jam 4.30petang baru start check dalam system. Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya... tinggal nak print esok pagi dan submit pada GMO. Thanx ya Iela.

Then, balik rumah singgah pasar malam, lepas mandi dan makan malam kat umah, aku gerak ke rumah Sarah hantar baju untuk Jualan Amal Salam. Lepastu terus gerak ke Seri Kembangan, rumah abang. Malam ni aku tidur kat sini, temankan kakak ipar. Abang ke Kedah ada shooting pengantin sampai ahad.

mmm... alhamdulillah, aku selesa sepanjang hari ni. Semuanya berjalan lancar. Betullah kata orang, pagi-pagi kita kena setkan minda sebab ia akan tune life kita untuk sepanjang hari. Ala-ala konsep dalam Secret lah.

Owh, there are lots of things i wanna share... rasa membuak2 je idea nak muatkan kat entri nih, tapi tunggu lah. Aku akan cuba update pasal aktiviti ngan Adik RS last week, pasal kawan aku, pasal perasaan aku (baca: yang ni selalu je update)...

so sekarang mau layan Jangan Pandang Belakang pulak. hehehe... selamat malam...

No comments: