24 March 2009

5 in 1

nak citer pasal xtvt aku sepanjang dua minggu lepas

Mission Bukit Tabur

Kekuatan seramai 7 anggota...huhuhu... tapi semua tak pernah pegi tempat ni. Satu hal kitaorang sesat hampir sejam semata-mata nak cari starting point. Abih pusing satu Taman Melawati...hahaha...sekali sesat takpe, ni berkali-kali...

Asal nak mendaki sebelum pukul lapan...selewatnya pukul 9. Tapi nak buek cano, sesat punya pasal, kitaorang mula mendaki pukul 10.30 pagi. Bahang mentari pun dah mula menyengat ubun-ubun kepala. Tapi misi diteruskan jua sambil mengunyah buah lai dan epal.

Half way, berenti rehat dan makan, ni pun sebab Uncle dah membebel kata tak sempat sarapan lagi. Menu Nasi Lemak dan Bihun Goreng. Ada sambal sotong, ada sambal kerang, ada telur mata...pergh...sedap siot... sume beli kat pasar je... hehehe...

Lepas makan, perjalanan diteruskan, trek agak sukar dibeberapa laluan berbatu. Seperti biasa, bertemu dengan pendaki-pendaki yang sedang menuruni Bukit Tabur akan memberi pelbagai reaksi. Aku tak berani nak expect lebih-lebih sebab tiada seorang pun antara kami pernah sampai.

Sampai suatu lokasi, kumpulan berpecah dua. Aku dan Azli meneruskan pendakian, yang lain berhenti dan berehat. Penat suatu hal, melalui batuan yang agak curam juga satu hal lebih-lebih lagi kami langsung tidak bersedia dari segi peralatan keselamatan. Siapa mahu ambil risiko? pikir lah sendiri

Aku dan Azli tak lama kat atas. Hilang lelah kami turun semula mendapatkan kumpulan yang tertinggal tadi. Misi turun kali ni adalah mencari batu kristal yang dikecohkan uncle masa mendaki tadi.

Sampai kat bawah, lepas cuci tangan kat air terjun yang tak boleh nak terjun tu, kitaorang lepak minum cendol n makan rojak kat gerai kemudian balik ke rumah. Program main layang-layang di Bagan Lalang petang tu dibatalkan sebab memasing penat.
Apepun, puas hati sesangat sebab sampai juga akhirnya ke Bukit Tabur. Plan nak pegi lagi ... tengah bajet2 masa. Mungkin bulan depan. mau ikot?

Kem Kejurulatihan Skuad Sukarelawan Rakan Muda 2009
Cerita asalnya bermula bila kak Mas dari Yayasan Salam call aku tanya samada aku berminat atau tidak untuk mengikuti bengkel ni. Entah kenapa aku terus setuju mengikuti program ni walaupun aku harus mengorbankan 4 hari cuti tahunan.

Isnin pagi, aku masih di pejabat, menguruskan pendaftaran pagi itu. Tengahari aku bergerak ke PD. Selepas check in, dapat maklumat bahawa Bengkel akan bermula malam... apekahhhh... lantas ku call Leha ajak lepak PD. hehehe...

Leha bawa aku pusing PD, best... aku memang suka dengan alam...tak kiralah hutan maupun lautan... semua aku suka... lihat ombak, jiwa terasa tenang, hirup udara pantai, hati berlagu riang... best woooo...

Malam, bengkel bermula, aktiviti seperti biasa, ada ice breaking, ada aktiviti berkumpulan, ada games etc etc... sebenarnya bengkel ini dibuat untuk mempersiapkan Jurulatih Skuad Sukarelawan untuk Kem Rakan Muda yang bakal dilangsungkan disetiap negeri anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Sebanyak 10 Modul dibentangkan. Banyak ilmu aku timba sepanjang mengikuti bengkel ini, ramai kenalan aku temui dari pelbagai negeri.

Part paling seronok adalah semasa modul menyelamat di air. Asal program hanya di kolam tapi kami beralih ke laut pula. Hatiku melonjak gembira bila dikhabarkan aktiviti berkayak turut disediakan...wah wah! 2 jam di tengah laut memang seronok. Dan aku terlupa bahawa sun burn adalah impak sekiranya terdedah dengan pancaran matahari...

Kesudahannya, aku berjaya menamatkan bengkel dengan seribu satu kenangan serta muka yang pedih. (Baca: sunburn laaaa) .

Putrajaya International Hot Balloon Festival


Aku tau pasal hot balloon ni masa seorang Salamer hantar emel tentangnya. Aku takde intention pun nak pegi sebab aku tau kesesakan yang bakal melanda. Tapi, petang sabtu ari tu, selepas hantar Kak Long dan Kak Ngah (baca: Anak-anak Mak Nora) balik ke asrama, kakak ajak aku tengok hot balloon kat putrajaya.

Maka dengan itu aku telah terjebak dalam kesesakan di dataran Putrajaya sebelum memakirkan Imranku dibahu jalan... (baca: fuhhhh...nasib tak kena saman). Mujur juga aku datang agak lewat jadi aku tak menunggu lama untuk melihat belon panas 'ditiup'. Besar.... memang besar... dulu masa g Siem Reap, masa melawat Angkor Wat, aku cuma tengok belon panas ni dari bawah. Tak tau la pulak ghopenyee bapak besar...
macam-macam bentuk, ada oren, ada gajah, ada belon , ada clown etc. Aku tak tengok sampai abih pun, dah puas tengok dalam 10 biji belon naik , aku ngan kakak pun balik. Masa tu dah nak maghrib. Imagine, kalau orang tu tunggu dari pukul 4 petang lagi, kat mana diorang sembahyang asar? hehehe...

Sukaneka Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Aku tak terlibat secara langsung dengan program ni tapi disebabkan aku adalah penghuni Blok ST1. Maka aku turut menyumbang dari segi penyediaan makanan.

Pagi-pagi lagi akak cina depan rumah dah call ajak turun buat senamrobik sekali. Meriah je aku tengok bile grup dewasa blok ST1 sepakat memakai t-Shirt merah, kanak-kanak pula memakan t-shirt biru. Memang hubungan sesama jiran di blok aku memang erat hingga mengundang cemburu blok-blok lain...hahaha...jangan marah...

Biarpun kecewa bila senamrobik dibatalkan, aku tetap setia memberi sokongan kepada peserta-peserta sukaneka sebelum balik ke rumah. Sampai rumah sambung tidur sampai petang...la la la...

Hi tea rumah kakak
Ku kira ini penutup aktiviti sepanjang dua minggu. Petang ahad, selepas menghabiskan masa tidur di rumah, aku pegi rumah kakak di Seri Kembangan. Kali ni tak kemana-mana cuma buat jamuan minum petang. Aku bawa sukun, jagung dan ubi manis yang Juju bagi untuk juadah minum petang.

Alhamdulillah, together2 ngan kakak dan kakak ipar memang best. aku lepak sampai malam... kebetulan pulak abang baru balik dari shooting, malam tu kitaorang dinner lauk pengantin...amik berkatttt...hehehe...

balik rumah, kemas apa yang patut. Mandi kemudian tidur.

huhhh... complete 5 in 1 aku...

Nota Kaki : dah lama aku tak berkarya sebegini panjang...penatttt...

2 comments:

kasut-gombak said...

wah, naik bkt tabur bkn nk gtau.

klu ko gtau aku, leh aku guide smpi ke starting point. ctu je la pn. hehehehe.

Nani said...

Kasut,
aku cuba call ko sehari sebelum tu tapi haram tak angkat... nak wat cane... tapi skang dah tau, guidemu tidak diperlukan lagi...kalo nak join dialu2kan..hehhe