24 March 2009

5 in 1

nak citer pasal xtvt aku sepanjang dua minggu lepas

Mission Bukit Tabur

Kekuatan seramai 7 anggota...huhuhu... tapi semua tak pernah pegi tempat ni. Satu hal kitaorang sesat hampir sejam semata-mata nak cari starting point. Abih pusing satu Taman Melawati...hahaha...sekali sesat takpe, ni berkali-kali...

Asal nak mendaki sebelum pukul lapan...selewatnya pukul 9. Tapi nak buek cano, sesat punya pasal, kitaorang mula mendaki pukul 10.30 pagi. Bahang mentari pun dah mula menyengat ubun-ubun kepala. Tapi misi diteruskan jua sambil mengunyah buah lai dan epal.

Half way, berenti rehat dan makan, ni pun sebab Uncle dah membebel kata tak sempat sarapan lagi. Menu Nasi Lemak dan Bihun Goreng. Ada sambal sotong, ada sambal kerang, ada telur mata...pergh...sedap siot... sume beli kat pasar je... hehehe...

Lepas makan, perjalanan diteruskan, trek agak sukar dibeberapa laluan berbatu. Seperti biasa, bertemu dengan pendaki-pendaki yang sedang menuruni Bukit Tabur akan memberi pelbagai reaksi. Aku tak berani nak expect lebih-lebih sebab tiada seorang pun antara kami pernah sampai.

Sampai suatu lokasi, kumpulan berpecah dua. Aku dan Azli meneruskan pendakian, yang lain berhenti dan berehat. Penat suatu hal, melalui batuan yang agak curam juga satu hal lebih-lebih lagi kami langsung tidak bersedia dari segi peralatan keselamatan. Siapa mahu ambil risiko? pikir lah sendiri

Aku dan Azli tak lama kat atas. Hilang lelah kami turun semula mendapatkan kumpulan yang tertinggal tadi. Misi turun kali ni adalah mencari batu kristal yang dikecohkan uncle masa mendaki tadi.

Sampai kat bawah, lepas cuci tangan kat air terjun yang tak boleh nak terjun tu, kitaorang lepak minum cendol n makan rojak kat gerai kemudian balik ke rumah. Program main layang-layang di Bagan Lalang petang tu dibatalkan sebab memasing penat.
Apepun, puas hati sesangat sebab sampai juga akhirnya ke Bukit Tabur. Plan nak pegi lagi ... tengah bajet2 masa. Mungkin bulan depan. mau ikot?

Kem Kejurulatihan Skuad Sukarelawan Rakan Muda 2009
Cerita asalnya bermula bila kak Mas dari Yayasan Salam call aku tanya samada aku berminat atau tidak untuk mengikuti bengkel ni. Entah kenapa aku terus setuju mengikuti program ni walaupun aku harus mengorbankan 4 hari cuti tahunan.

Isnin pagi, aku masih di pejabat, menguruskan pendaftaran pagi itu. Tengahari aku bergerak ke PD. Selepas check in, dapat maklumat bahawa Bengkel akan bermula malam... apekahhhh... lantas ku call Leha ajak lepak PD. hehehe...

Leha bawa aku pusing PD, best... aku memang suka dengan alam...tak kiralah hutan maupun lautan... semua aku suka... lihat ombak, jiwa terasa tenang, hirup udara pantai, hati berlagu riang... best woooo...

Malam, bengkel bermula, aktiviti seperti biasa, ada ice breaking, ada aktiviti berkumpulan, ada games etc etc... sebenarnya bengkel ini dibuat untuk mempersiapkan Jurulatih Skuad Sukarelawan untuk Kem Rakan Muda yang bakal dilangsungkan disetiap negeri anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Sebanyak 10 Modul dibentangkan. Banyak ilmu aku timba sepanjang mengikuti bengkel ini, ramai kenalan aku temui dari pelbagai negeri.

Part paling seronok adalah semasa modul menyelamat di air. Asal program hanya di kolam tapi kami beralih ke laut pula. Hatiku melonjak gembira bila dikhabarkan aktiviti berkayak turut disediakan...wah wah! 2 jam di tengah laut memang seronok. Dan aku terlupa bahawa sun burn adalah impak sekiranya terdedah dengan pancaran matahari...

Kesudahannya, aku berjaya menamatkan bengkel dengan seribu satu kenangan serta muka yang pedih. (Baca: sunburn laaaa) .

Putrajaya International Hot Balloon Festival


Aku tau pasal hot balloon ni masa seorang Salamer hantar emel tentangnya. Aku takde intention pun nak pegi sebab aku tau kesesakan yang bakal melanda. Tapi, petang sabtu ari tu, selepas hantar Kak Long dan Kak Ngah (baca: Anak-anak Mak Nora) balik ke asrama, kakak ajak aku tengok hot balloon kat putrajaya.

Maka dengan itu aku telah terjebak dalam kesesakan di dataran Putrajaya sebelum memakirkan Imranku dibahu jalan... (baca: fuhhhh...nasib tak kena saman). Mujur juga aku datang agak lewat jadi aku tak menunggu lama untuk melihat belon panas 'ditiup'. Besar.... memang besar... dulu masa g Siem Reap, masa melawat Angkor Wat, aku cuma tengok belon panas ni dari bawah. Tak tau la pulak ghopenyee bapak besar...
macam-macam bentuk, ada oren, ada gajah, ada belon , ada clown etc. Aku tak tengok sampai abih pun, dah puas tengok dalam 10 biji belon naik , aku ngan kakak pun balik. Masa tu dah nak maghrib. Imagine, kalau orang tu tunggu dari pukul 4 petang lagi, kat mana diorang sembahyang asar? hehehe...

Sukaneka Persatuan Penduduk Seri Tanjung
Aku tak terlibat secara langsung dengan program ni tapi disebabkan aku adalah penghuni Blok ST1. Maka aku turut menyumbang dari segi penyediaan makanan.

Pagi-pagi lagi akak cina depan rumah dah call ajak turun buat senamrobik sekali. Meriah je aku tengok bile grup dewasa blok ST1 sepakat memakai t-Shirt merah, kanak-kanak pula memakan t-shirt biru. Memang hubungan sesama jiran di blok aku memang erat hingga mengundang cemburu blok-blok lain...hahaha...jangan marah...

Biarpun kecewa bila senamrobik dibatalkan, aku tetap setia memberi sokongan kepada peserta-peserta sukaneka sebelum balik ke rumah. Sampai rumah sambung tidur sampai petang...la la la...

Hi tea rumah kakak
Ku kira ini penutup aktiviti sepanjang dua minggu. Petang ahad, selepas menghabiskan masa tidur di rumah, aku pegi rumah kakak di Seri Kembangan. Kali ni tak kemana-mana cuma buat jamuan minum petang. Aku bawa sukun, jagung dan ubi manis yang Juju bagi untuk juadah minum petang.

Alhamdulillah, together2 ngan kakak dan kakak ipar memang best. aku lepak sampai malam... kebetulan pulak abang baru balik dari shooting, malam tu kitaorang dinner lauk pengantin...amik berkatttt...hehehe...

balik rumah, kemas apa yang patut. Mandi kemudian tidur.

huhhh... complete 5 in 1 aku...

Nota Kaki : dah lama aku tak berkarya sebegini panjang...penatttt...

23 March 2009

pernyataan mengundang sentap

Entri ini menggunakan bahasa Suku Berunai Papar di Sabah. Kalau tak paham harap buat-buat paham ...

-------------------

Adi : Mit, kau mulih minggu ni, kau jadi pengapitku nanti ah, ada baju mu di sini.
Aku : Jadi pengapit lagi? nda mau la, dulu mila, pastu kakak, then abang, ndakan kau kawen pun aku jadi pengapit. Suruh la orang lain, Pijah ka, Nisa ka, kasi can la diorang pula jadi pengapit.
Adi : Oh ya ka? kau nda mau? nda pa la... aku ingat mau cari orang sama saiz jugak...




huhhhhh... sentap aku ngan statement kezen aku yang nak kawen hujung minggu ni...




Nota Kaki : Mit adalah panggilan manja aku dalam famili
Nota Kaki 2 : Pagi tadi makcik aku call pujuk jugak jadi pengapit si Adi... ku terima dalam terpaksa...sob sob

21 March 2009

Belasungkawa

Aku ada satu berita sedih, seorang sukarelawan SAR (Search & Resque) Hassan yang hilang di Gunung Yong Yap telah terlibat dengan satu kemalangan dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan balik dari Lojing.

Takziah kepada anggota keluarga
Arwah Suraya Yahya dan marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada serikandi kita.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Suraya.

More info
sila klik di sini






Nota Kaki : daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali...
Nota Kaki 2 : Aku tak kenal arwah, aku tak pernah pun jumpa dia, tapi aku sebak dengan membaca cerita kehilangannya...

19 March 2009

Sun burn

aku baru habis Bengkel Kejurulatihan Skuad Sukarelawan Rakan Muda 2009 selama 4 hari di Glory Beach Resort, Port Dickson, banyak cerita nak kongsi...







tunggu deh...

15 March 2009

Ordinary Me : Bukit Tabur Mac 2009

Tak banyak aku nak update ari nih. semua cerita ordinary aku. rutin harian biasa.

cuma nak citer, aku dah sampai Bukit Tabur semalam... hehehe...


Aku tak dapat bagi gambar lain masa kat atas sebab tak cantek. Gambar kasut tu je yang menarik. Manakan tidak, aku ngan Azli masing-masing amik gambar ngan tangan menggeletar kepenatan. Hanya kami berdua sampai kat atas, yang lain tunggu half way sebab tak berani tanggung risiko melangkah batuan tajam. Hakikatnya Bukit Tabur memang mencabar. Tak expect laluan macam tu punya bahaya.

Nota Kaki : Aku plan nak g lagi. maybe pegi awal pagi nak tengok sunrise. Takpun bermalam kat sana tengok sunset dan sunrise ... boleh ke?

13 March 2009

Selamat bercuti sekolah

Balik kampung pandu kete hati-hati ye...ingatlah orang tersayang...

aku tak jadi g Berkelah. Alasannya jalan jammed...huhuhu... orang pantai timur nak balik weihhhh... hakikatnya hanya ada 4 orang wanita ketegaq nak pi, memikirkan dari segi safety, aku cancel sahaja. Banyak komplikasi sekiranya berkeras nak pergi.

Tapi takpe, aku g Bukit Tabur.

ok tak? ok la tue...

Nota kaki : Sekali lagi aku tak pegi meeting jualan amal salam...ampunnnnnnnnnnnnn!

12 March 2009

Ceriakan hidupmu

Malam tadi aku tidur awal, disebabkan tidur awal, aku terlajak bangun tidur. Aku pun tak faham fenomena tidur awal bangun lewat dan tidur lewat bangun awal nih. Takpe, mungkin ada diantara kamu yang ingin bicara tentangnya... mungkin

Pagi tadi, walaupun agak kelam kabut, aku berazam nak ceria sepanjang hari. Cuba taknak layan mood swing.

Pagi, masuk ofis seperti biasa, selesaikan isu-isu kelas. Kemudian menghadiri mesyuarat protokol (baca : apekah aku lak yang kena pegi) dekat Institut Latihan Pos. Balik dari sana terus lepak kat opis. Makan tengahari dengan bekal yang kubawa siap-siap dari rumah. best jugak bila bawak bekal nih. Satu, jimat. Dua, sedap ikut selera sendiri. Tiga, berkhasiat dan dijamin bersih. Empat, puas hati. Lima, lu pikirlah sendiri... hehehe

Petang mula buat claim trainer. Alhamdulillah, semuanya serba mudah. Kemudian baru teringat masalah report yang sepatutnya di selesaikan hari ni. Call Iela, pegi HKL, alahai... kena tunggu pulak. Jam 4.30petang baru start check dalam system. Alhamdulillah. Selesai juga akhirnya... tinggal nak print esok pagi dan submit pada GMO. Thanx ya Iela.

Then, balik rumah singgah pasar malam, lepas mandi dan makan malam kat umah, aku gerak ke rumah Sarah hantar baju untuk Jualan Amal Salam. Lepastu terus gerak ke Seri Kembangan, rumah abang. Malam ni aku tidur kat sini, temankan kakak ipar. Abang ke Kedah ada shooting pengantin sampai ahad.

mmm... alhamdulillah, aku selesa sepanjang hari ni. Semuanya berjalan lancar. Betullah kata orang, pagi-pagi kita kena setkan minda sebab ia akan tune life kita untuk sepanjang hari. Ala-ala konsep dalam Secret lah.

Owh, there are lots of things i wanna share... rasa membuak2 je idea nak muatkan kat entri nih, tapi tunggu lah. Aku akan cuba update pasal aktiviti ngan Adik RS last week, pasal kawan aku, pasal perasaan aku (baca: yang ni selalu je update)...

so sekarang mau layan Jangan Pandang Belakang pulak. hehehe... selamat malam...

11 March 2009

lemas, lemah, resah

malam tadi, kali pertama aku takut berada di rumah sendiri. Huhhhh! kelakar sungguh bila aku pasang semua lampu semata-mata nak ke dapur minum air sedangkan jam baru mencecah angka 11.00 malam.

Lagi kelakar, bunyi sms pun buat aku terkejut dan takut padahal ketika tu baru jam 12.30 malam.

Dua tiga kali terjaga dari lena, tidur memang tak nyenyak, hati berdebar, seriau semacam je... aku cukup gusar dengan perasaan yang satu ni. Kenapa ekkk?

Nota Kaki : Jemur baju kat belakang pun ku meremang bulu roma...alahai...sesak nafas dibuatnya

10 March 2009

serius aku stress

bukan pasal meeting pagi tadi
bukan pasal opis juga
bukan pasal siapa-siapa



tapi serius aku rasa down ari ni :(



aku nak period ke? owh!






Nota Kaki : Aku nak balik umah dan tido...mungkin itu lebih baik

08 March 2009

keliru

Aku pegi kedai

item dicari serbuk pencuci

ada dua pilihan



1. 3kg dengan harga RM13 dan percuma softener worth RM3.90

2. 3kg dengan harga RM12 dan percuma 300gram.



Kalau ikut pilihan bijak, agak-agak nak beli yang mana satu?



Nota Kaki : Aku tak pakai softener, jadi ku amik option 2. hehhhh :)

pandanganku terhadap Datuk

keh keh keh! ayat bukan main lagi...Datuk bukan sebarang Datuk... Datuk kali ni merupakan impian aku sejak dua tahun lepas. Macam-macam halangan setiap kali aku nak jumpa Datuk nih. Dugaan terakhir jadi minggu lepas, tapi alhamdulillah, semalam ku berjaya menjejakinya.

Apa yang menarik sangat dengan Datuk nih?
Hmmm...ni merupakan soalan klise yang aku hadapi setiap kali menyuarakan keinginan bertemu Datuk. Entahla, aku pun tak tau apa kenapa aku eager sangat nak jumpa Datuk, perasaan tu melebihi perasaan bercinta dengan seseorang pulak. Hebat tak?

Kesukaran bertemu Datuk?
Oh! sangatlah banyak halangan dan rintangan. Bayangkan sahaja aku menanam azam sejak tahun 2007. Yang sedihnya, setiap kali ada peluang, setiap kali tu juga ada halangan. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali.huhuhu

Perasaan bila tau akan bertemu Datuk?
Gementar, risau, berdebar-debar, gembira, speechless (baca: but still dalam kereta aku banyak cakap). Semua perasaan bercampur baur.

Perasaan semasa dan selepas bersama Datuk?
Mulanya memang sukar. Im not prepared enuf actually. Bak kata Mamat "Datuk ni mula-mula memang tak kasi can"... tapi alhamdulillah, berkat kesabaran dan semangat kental, ku berjaya akhirnya menakluk Datuk.

Sakit hati pun ada bila orang lain yang kutemui memberi macam-macam reaksi, "susah ooo", "takpe, sikit lagi", "keep on moving dear", "aiyo very tough but you can do it", "30 minit sampai la"...etc...

Selepas berhempas pulas (baca: erks...apekah berhempas pulas) selama lebih kurang 2 jam, akhirnya aku selamat sampai di Puncak Gunung Datuk... alhamdulillah... hilang lelah, hilang penat bila menyedari ku sudah berada di Puncak Datuk... seronoknya hati tak terkata.

Pemandangan di Puncak Gunung Datuk memang antara yang superb. Boleh tengok helang terbang dekat wooo... Apepun aku bukanlah orang yang sangat arif tentang itu. Kepuasan bagiku adalah apabila aku berjaya menawan setiap puncak gunung yang di daki. Pemandangan yang cantik pula merupakan bonus.

Apepun, ni ada beberapa gambar yang aku amik semalam. Ni la Datuk yang aku nak citer kat korang, Datuk ni la yang sering mengganggu mimpi malamku selama ini. Yang pasti, ku takkan bermimpi lagi kerana mimpi dah jadi realiti.

Dua orang kuat, Mamat & Aibah (tak sangka gayat lak minah ni)
Menikmati suasana berangin di Puncak Gunung Datuk, Ala-ala meditasi plak
Hey, look at me!
Ni sebenarnya picture sengal, Aku malas nak bukak keychain hp tu la jadinya NANI yang diterbalikkan
Urm, semangat betul kaki tu kannn...ku sangat sayang dia... kaki aku daaaa...

Ni lak other link dan pautan lagi yang ada cerita tentang Gunung Datuk. Senang cerita, ble gugel sendiri dalam internet, gerenti banyak cerita korang ble dapat.

Nota Kaki : Ya kawan-kawan, Datuk itu adalah Gunung Datuk yang letaknya di Mukim Rembau Negeri Sembilan.

07 March 2009

Today's Mission



ACCOMPLISHED!




oh yea oh yea... will update later!

sekarang ni rasa cam nak domam, tadi main hujan...
Apepun, Thanx Mamat, Thanx Aibah, sampai jugak aku ke Puncak Datuk

Nota kaki : tunggu mission tiruk kat Berkelah next week pulak...

06 March 2009

apa korang rasa kalau plan korang tak menjadi

Sedih tapi nak buat cane... atleast got back-up kannnn... (baca : ayat penyedap hati)

Kisah sedih 1
Trip ke Berkelah minggu ni cancel due to lack of member yang nak join, instead of 12 orang tinggal 4 orang pastu ari ni tinggal 2 orang. Kalau ikutkan aku pegi je tapi sebab yang seorang lagi tu lelaki...makanya kene postpone minggu depan. (Baca : Nasib baik pegi minggu depan, kalau cancel? kusss semangat)

Kisah sedih 2
XPDC ke Gunung Datuk bawak adik-adik rumah Solehah pada 21 Mac pun terpaksa di cancel sebab clash ngan terapi adik-adik nih kat nursalam. So that aku kena work out tarikh baru untuk bawak diorang mendaki. Yang pasti tarikh tu tak boleh clash dengan program Sukarelawan Yayasan Salam, might be end of april or early May.


jadi, nak buat cane?

Backup kisah sedih 1
Aku, Mamat ngan Aibah akan ke Gunung Datuk esok. hehehe...Ina, sorry sebab trip aku kali ni pegi saje2. Next trip kita pegi sama-sama ekkk, bawak adik2 RS... promise!

Backup kisah sedih 2
21 Mac aku akan lapangkan diri untuk ke nursalam join therapy tu ngan adik-adik RS yang sudah keciwa kerna tak dapat panjat gunung. Takpe, nanti kak nani bawak ekkk... tapi kena pegi terapi dulu.


Nota Kaki : aku dah block mid-term school holiday bulan mei nak pegi Stong, ada sape2 nak ikut?

05 March 2009

Jualan Amal Yayasan Salam


Apa :
Jualan Amal Yayasan Salam Malaysia
Bila :
11 & 12 Mac 2009 (hari jualan)
Dimana :
Ruang legar Amcorp Mall, Petaling Jaya
Bagaimana:
Anda ada dua pilihan,
1. Sebagai penderma : Hantarkan barang-barang yang anda tak nak guna tapi masih berguna seperti Baju,Aksesori Hiasan, buku, kaset, CD, komik, perkakas rumah ke Pejabat Yayasan Salam Malaysia, di alamat No 22 Jalan Changai, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.(Near to SMK Asunta). Penghantaran terakhir akan diterima pada 5 April 2009.

2. Sebagai pembeli : Datanglah beramai-ramai di jualan Amal yang akan di adakan pada 11 & 12 Mac 2009 (Sabtu & Ahad) di ruang legar Pusat Membeli Belah Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Pertanyaan :
Yayasan Salam Malaysia 603-79584021
Sdri Sarah 6017-3100447
Sdr Fait 6019-2765145

04 March 2009

sesat di gunung

Irau in memory, bilelah nak pegi lagi
Ntah nape, lately ni terasa ingin kembali memanjat-manjat. Last week aku 'sentip' bile member last minute ajak panjat gunung. Sebenarnya, tak kisah sangat ngan last minute tapi aku dah punya agenda, tu yg tak ble join diorang.

Azamnya tahun ni nak panjat a few gunungs dan bukits yang aku tak pernah sampai dan yang aku nak repeat panjat. Atleast 6 puncak. Erks... salah satunya adalah Puncak Gunung Tangkuban Perahu kat Bandung yang ble sampai ngan kete...har har har.

Pagi ni, kul 11am to be exact, lepas key in monthly report dalam sistem, aku layan blog hopping. (Baca: aku dah sakit kepala tengok angka). Aku terbaca
satu entri pasal orang sesat kat gunung Yong Yap 18 Feb lepas. Aku pun bukak la Gunung Online punye forum nak tau perkembangan semasa. Tak cukup ngan tu, aku call Mamat, member highlander yang kebetulan baru je lepas balik dari Yong Yap bulan feb, awal seminggu dari hari kejadian sesat tu.

To date, dah 17 hari Saudara Hassan Ayat hilang tanpa dapat dijejak di Gunung Yong Yap. Sebak bila baca entri-entri di forum GO. Begitulah eratnya ikatan sebuah persahabatan biarpun hanya kenal di laluan mencanak menuju puncak. Diorang sanggup pergi ke sana mencari Hassan. Tabik buat korang!

Kepada ahli keluarga Hassan, teruskan berdoa kerana hanya itu perantaraan kita dengan yang Esa.

Kepada team rescue especially pendaki tegar, keep on looking n searching. You all memang kuat semangat.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Saudara Hassan Ayat dapat keluar dengan selamat.

Al-Fatihah
Nota Kaki : Selamatkanlah calon tulang rusukku itew... chet pooo dah!

03 March 2009

citer kawen-kawen 2


"Sebanyak 75,299 kes perceraian direkodkan di seluruh negara pada 2007 & 2008 termasuk kes-kes tertunggak bagi tahun-tahun sebelumnya... ...antara punca perceraian ialah tiada persefahaman dalam menguruskan rumahtangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga dan poligami. Selain itu wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan dan tekanan bebanan kerja sehingga masa untuk bersama keluarga diabaikan - Datuk Dr Mashitah Ibrahim."

Muka depan Utusan Malaysia, 3 Mac 2009


Masa aku baca paper nih, member sebelah cakap,"Sekarang ni nak kawin ekpress, nak cerai pun ekpress, suka hati diorang je"

dalam hati aku menjawab "betul betu betul".

Hmmm, cerita nikah cerai sebegini dah jadi satu trend tapi aku tak nafikan ada jugak yang hidup rukun bahagia contoh macam mama dan bapa. Alhamdulillah, walaupun sekali sekala ada terasa hati tapi semua tu kan rencah dalam hidup berumahtangga.

Bagi aku, nak berumahtangga, kompromi dan komunikasi tu penting. Voice out kalau tak puas hati. Pasangan pulak kena belajar menerima kritikan.Jangan mengharap pujian je. Bagi aku lagi, sebelum nikah tu, pikir masak-masak keputusan yang dibuat dan terimalah seadanya dia. Jangan nanti bila dah kawin baru nak ungkit ini salah, itu tak betul.

Sangat banyak faktor penyumbang kepada kerukunan rumahtangga. Tepuk dada tanya iman :)

Nota Kaki : pikir2 balik, ku sebenarnya masih tak sedia menerima hadirnya orang baru dalam hidupku... owh!

02 March 2009

citer kawen-kawen

Sabtu lepas, petang, pegi Nilai 3, carikan souvenir untuk special guest Adi yang nak kawen hujung bulan ni.

Puas pusing Nilai 3, takde satu yang berkenan dihati. nak beli kipas, kena cari sarung, nak beli sudu garfu atau sapu tangan kecik kenot tu, kat umah aku dah berlambak dan aku tak tau apa gunanya. Nak belikan bujam macam yang
Lady Noe rekemen pun tak berkenan. Aduhhhh... nasib baik bukan majlis aku. Pening kepala memikir cenderahati terbaik untuk tetamu

huhh! tu baru keje kawen sepupu, kalau keje kawen aku nanti? confirm memanjang aku moody. hehehe...senang citer aku nak buat majlis kawen sesimple mungkin. boleh ke?
Nota Kaki :Gile sentap, sedih dan rasa sengal tengok barang pengantin sorang-sorang, kakak aku lak sibuk cakap dalam talipun. urgh!