29 August 2009

Ctrl.Alternate.Delete -->apa semua ni?

Semalam aku masuk ofis setelah 3 hari bercuti. Masuk ofis pun petang, kalau jumaat, amik cuti half day, petang pulak tu, memang best ...masuk pukul 11.50 am, kemudian 12.45pm - 2.45pm rehat...pastu keje sampai pukul 5pm...kiralah sendiri bape jam je aku keje...hehhh!

Jadik, semalam, aku selesaikan hal-hal berkaitan kehadiran 'bebudak tua' yang ditaja kerajaan ke PSMB. Pastu aku pegi gym, amik sample darah, berat badan, blood pressure etc. Sume ni dibuat bagi membantu menyiapkan tesis seorang student master. Kiranya aku ni (dan juga beberapa orang kakitangan NIOSH) menjadi objek kajian lah...erk...

Masuk-masuk gym, aku g timbang berat... hohhh! berat aku turun lagi? apesal ekkkk? aku bukan diet pon... dan turunnya agak ketara. pastu test blood pressure... bacaan 76/61...hoh! tekanan darah rendah... ape kene dengan aku ni? rasanya sehari dua ni terasa sihat je. Lepas tu amik sample darah. Hmmm... dalam seminggu dua ni harapnya dapatlah result darah yang normal.

Balik umah kakak seperti biasa uruskan baby dan emaknya. Takpe, tinggal sehari je sebelum mama dan bapa sampai dari Sabah. Abg dan Kak Ipar pun turut buka puasa di rumah kakak, merancang-rancang aktiviti untuk mama dan bapa sepanjang seminggu di sini.

Malam, mama call tanya mesin jahit... kui kui... mama memang macam tu...ada hati nak bawak jahitan ke sini. Takpe, kat umah aku ada mesin jahit. Boleh juga tolong2 ringankan beban mama yang terpaksa menyiapkan baju orang... baju aku? beli sendiri lah... mana nak jahit2 nih... dah lupa sebenarnya...keh keh keh.

Ok, baby pun tengah tidur, mamanya pula tengah bersantap...Harus aku rehat dulu.

**ngehehe... tajuk memang takde kena mengena dengan entri...mongoks kannnn**

25 August 2009

New born baby!

Alhamdulillah, 1 Ramadhan tahun ni, sebelum menjelang tengah malam, tatkala jam menunjuk angka 11.55 malam, tangisan Ahmed Emad Addin bin Yusmarulnizam memecahkan ketenangan dewan bersalin Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Emad lahir awal 2 minggu dari yang dijangka. Siapa sangka aku kini dah jadi Auntie Nann... hehehe...

Now amik cuti nak jaga Emad & his Mama. Hopefully mereka sihat sejahtera. Gambar upload kemdian kay...auntie nan nak siapkan makanan untuk mama Emad.

19 August 2009

rehat sebentar!


Semalam mood kurang baik. Menunggu ke tengahari aku masih berbolak balik untuk ambil cuti separuh hari. tepat 12.30 tengahari aku terus cakap ngan bos nak minta cuti. Alasannya kurang sihat. memang betul pun kurang sihat... kurang sihat mental..hehehe...

Pukul 1petang, jumpa kakak ipar dan makan tengahari dekat Restoran Ani Sup Utara di Seksyen 9, kemudian balik rumah terus bukak kotak mesin jahit Mah. hahaha... lebih setengah tahun dalam bilik tak terusik, semalam aku merajinkan diri buka kotak tu dan mula menjahit kain sarung untuk kakak.

Bosan menjahit, aku tengok TV, bosan tengok TV aku masuk bilik dan layan tidur. Hehhhh... Malam pun tak kemana-mana aku rehat sahaja. Seronok rupanya sekali-sekala berehat begini.

Ironinya, aku segar ke pejabat pagi ni walaupun kepala berdenyut.

ok, sekarang mau balik ... mata pedih pakai lense. (sebenarnya mengantuk...)...kwang kwang kwang

17 August 2009

Get into trouble again?

Bukan nak kata give-up tapi kemana-mana pun kita pegi, apapun yang kita buat, masalah tetap akan datang seiring. I'd love the rythm too. Jadi halwa telinga sepanjang hari ni.
Enjoy this song (Lyric) ~ Trouble is a friend by Lenka

Trouble will find you no mater where you go, oh oh.
No Matter if you're fast no matter if you're slow, oh oh.
The eye of the storm and the cry in the morn, oh oh.
Your fine for a while but then start to loose control.

He's there in the dark,
he's there in my heart,
he waits in the winds
he's gotta play a part.

Trouble is a friend,yeah trouble is a friend of mine. oh oh!
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh.
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh.
He sees what I see and he knows what I know, oh oh.
So don't forget as you ease on down the road.

So don't be alarmed if he takes you by the arm.
I won't let him win, but im a sucker for his charm.
Trouble is a friend,yeah trouble is a friend of mine. Oh oh!
Oh how I hate the way he makes me feel.
And how I try to make him leave; I try.
Oh Oh I try!

16 August 2009

aku buat salah lagi...huwaaaaa!

lately asyik buat salah je. napa ekkk?

kalau sekali rasanya boleh diterima akal, tapi benda yang sama berulang sampai 4 kali... hohhh! aku kena mandi bunga. buang sial orang bilang... betul ka?

ntahla, pagi tadi, masa terima panggilan dari Ain, maklumkan pertembungan trainer, aku terus sakit kepala. terus hilang mood buat kerja. terus hilang selera berjimba. Rasa tak mau menghadapi cemuhan esok hari... owh...yang ini pasti...

tapi seorang sahabat berkata "benda dah jadi kita tak boleh nak ulang semula. Lets bygone be bygone, apepun yang mendatang esok, kena marah ke, kena maki ke, hadapilah dengan senyuman, buat-buat senyum pun takpe, tadah je telinga, ni lah masa untuk kita belajar jadi redha, semua orang pun pernah buat salah" erm... thanks kawan...

Aku rasa memang aku kena stop everything and start back from the beginning. Ala-ala nak tutup buku lama, buka buku baru... adoyai..feninnnnn

11 August 2009

ssshhhhh...

Best tak?

Dia marah dan sampai tahap nak merajuk, telling that dia tak sentuh aku walau secuit pun... aku cakap, "awak tipu, awak memang dah sentuh saya... awak sentuh hati saya".... euwwwwww...

aku tergamam bile terkeluar kata2 tu spontaneously tapi yang best dia dah tak majuk ngan aku.... hahahaaaaaa

berkesan jugak teknik kuntum aku...

Pssst ... jangan tertipu, aku masih single dan abailabel... OK

when something happen, it happened for a reasons

its true!

I was mistakenly put together the Borang Maklumat Pelatih for one candidate. I already told the candidate that she will be withdrawn from the class (kejamkannnn) but the coordinator refused to do so because of kesian with the candidate (iyelah, dia dah kena retreched)

Today, I found the form was attached together with another form. Patut carik tak jumpa.

Mujur jugak the coordinator berkeras jugak nak masukkan peserta ni. Mula2 menyampah jugak tapi ikut jelah...

n now I realize, memang rezeki budak tu join the class for free. Sebab tu bila ada problem pun still dia boleh enroll... hikmah kan...

09 August 2009

5 perkara sebelum datang 5 perkara

lately memang kurang sihat. Sakit kepala dah masuk minggu ke-4, kejap ok, kejap tak. Selsema dan batuk at the middle range. tak serius pon, kengkadang je berhingus dan terasa berkahak... dah telan 2 jenis antibiotik tapi ku kira aku dah imun dengan semua jenis ubat. Perut rasa sebu, loya2 dan often vomit. Muntah kaw-kaw punya sampai berair mata. huhhh! Bila cek kat spital, nothing abnormal. Dari bulan lepas dan masuk hari ni 4 kali darah aku diambil. Sekali untuk hormon, sekali untuk denggi, sekali untuk infection, sekali lagi untuk glucose ....hohhhh!

Malam tadi puasa, (sebab nak amik darah), pagi tadi dah amik satu kali sample, pastu dia bagi minum air glukos, 2 jam kemudian aku datang balik untuk ambil sample darah lagi. Kali ni darah takmo keluar. huwaaaaaa... aku rasa darah aku dah merajuk. sebab tu tak mo keluar. sakit wei kena cucuk banyak2 kali tapi takde darah. caitttt... Tu tak kira kena cucuk masa masuk air isnin lepas. Macam penagih pulak, abih lengan2 ada kesan kena jarum.

Selera makan pun dah slow. Aku dah tak reti nak makan apa. I'd lost my appetite! Semua tak boleh masuk. Aku makan sekadar memikir perut perlu diisi untuk dapatkan tenaga. Kalau dulu, bila tak sihat, atleast ada jugak makanan yang aku teringin nak makan tapi kali ni semua takde nafsu. nape ekkk? Kengkadang pagi2 pegi cafe nak sarapan, eventhou tak berselera aku sumbat jugak,. Biasanya pukul 10 nanti mulalah loya dan muntah. cam orang mengandung... hehhhh... kakak dan kakak ipar yang sarat mengandung aku lak yang lebih2.

Orang kata aku overworked, maybe kot
Orang kata aku stress, maybe kot
Orang kata aku kurang rehat, maybe kot...

orang suh aku rehat, sometimes, weekend aku cuba layan duk umah, lepak2, rehat2, tapi sama jugak. Entah la. Betullah tu kot, aku perlu rehat dalam ertikata rehat yang total.

lantas aku teringat petikan hadith ini;

5 perkara sebelum datang 5 perkara;
1.masa mudamu sebelum tua
2.masa sihatmu sebelum sakit
3.masa lapangmu sebelum sibuk
4.masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin
5.masa hidupmu sebelum mati.


jeng jeng jeng... aku macam dah rasa semua tu kecuali yang 5 tu je belum... macam nak dekat dah tu. 'Asyhaduallailahaillallah'...