Melihat pada last entry, almost 10 days aku tak blogging. Terasa rindu plak nak bercerita soal hati, tentang diri di sini...hehe
Banyak nau mende berlaku sejak akhir-akhir ni. ngan aktiviti berjimba kesana kemari, masalah kesihatan yang tak berapa nak sihat (baca : cane nak g kemboja nih?), dengan keje, dengan kekasih...ops... lalala... sape yang merana? Imran aku gak, ni dah dua kali aku lewat cuci dia. tu yang merajuk sampai langgar kete orang...kwang kwang kwang... tapi jangan risau, dia langgar sayang je. tapi sempat la aku jumpe mamat hensem kat situ...ahax! erm...hensem ke? dia baik je la sebab sanggup tolong aku setelkan ngan orang tu. lalalalalaaaa....
Bila balik umah rasa sunyi je, time-time ni la syahdu rasa nak berteman. Mama dan bapa jauh disana. Nak memasak? tak mungkin sebab aku asyik balik lewat, jawabnya beli makanan diluar sahaja. Lately ni memang kurang selera nak memasak pun.
Pastu cukup bulan dapat gaji, tapi tak sampai sehari, belen kat akaun dah tinggal 1/10. Habis membayar pelbagai liabiliti. cane nak menabung ke London nih?
ah cukup! cukup! sampai bila nak mengeluh? semua tu aku punya angkara... sendiri padan muka la...kan kan kan...
1 comment:
boleh2.. kite tunggu promo yg RM0-0 nyee.. sempat2.. heheeh
Post a Comment