Malam tadi, sampai umah jam dah menghampiri angka 8.00 malam. Badan menggigil sejuk, tekak rasa makin perit, sentuh dahi panas...menyesal pulak tak singgah klinik. Tapi ubat antibiotik yang Doc bagi ahad ari tu tak abih lagi. Takkan nak kena makan ubat lain lagi?
Perut sebu tapi kena makan juga sebab nak consume antibiotic. Kejadian sesak nafas 2 tahun lepas menyebabkan aku serik ambil ubat dengan perut kosong. Pegi dapur semua kosong, sekosong hati ini. Dalam peti ais, ada barli yang aku masak pagi tadi, tiada yang lain cuma udang dan ikan kering, owh...ada pegaga... pun dah kering...huwaaa! Dibahagian sejuk beku ada kentang goreng, ada sambal ikan bilis yang Jue bekukan.
Teringat ada sebungkus chicken cream di dalam kabinet dapur. Hmmm... buat bubur barli + chicken cream macam sedap gak kan... aku terus keluarkan barli dari peti ais, bancuh chicken cream, gaul bersama barli, bila mendidih selesai semua, g mandi, pastu makan bubur barli bercampur krim ayam, makan sambil tengok berita kemenangan Obama untuk menerajui US.
Lepas makan ubat, aku lepak-lepak sambil tengok TV, kain-baju masih tersadai di bilik tamu tak berusik, malas nak lipat. Perkakas dapur yang digunakan semasa Majlis Hari Raya hampir sebulan lepas masih elok terletak di ruang tamu. Menunggu saat di simpan di dalam kotak... pun aku hanya memandang sepi. Tiada semangat melakukan sebarang kerja.
Bila selesai Oprah aku menukar channel TV, melihat-lihat di dalam info, semua cerita tak memberahikan... aku layan diari sehati berdansa kemudian Renjis 2. Seronok jugak tengok Ilyana berlakon, very da natural cuma kengkadang hero2 tu tak reti nak control ayu...ahax...
alih2, aku tertidur depan TV. hajat nak merenjis2 tak kesampaian... bila dah macam tu, aku tutup TV, aku tutup lampu, masuk bilik tidur...
/
3 comments:
sepi yek?
sunyi kah?
sepi la kot...sesunyi hatiku...perghhhh...
mana imran ku?
Post a Comment