27 November 2008

My dearie grandma was not in a gud condition :(

juz now bapa call inform nenek makin tenat. I already know that sebab mama call tengahari tadi. Khabarnya nenek sawan petang tadi and sanak-saudara sudah berkumpul ramai-ramai reciting quran. Aku berdebar , andai malam ini pengakhiran hayat nenek aku pasrah, andai ini dapat menyelesakan nenek aku redha. sekian lama nenek mengalami komplikasi selepas pembedahan membuang barah yang bersarang dibadannya.

Di zaman kanak-kanakku, Nenek kukenali agak garang dengan cucu yang duduk dengannya namun cukup memanjakan aku yang jarang-jarang bersua muka. Namun garang nenek bersebab, membentuk peribadi kami cucu-cucunya. Semuanya kerana sayangkan kami.

Semakin kami meningkat remaja, nenek sering bercerita tentang saudara, siapa orang itu, siapa orang ini, salasilah keluarga, sejarah kehidupan zaman lampau, kesusahan yang dialami dan nikmat yang dikecapi. Kami umpama watak dalam upin & ipin saat itu. Bosan bila mendengar nenek bercerita namun demi menjaga hati kami layankan saja...

Setelah habis belajar dan mula bekerja, hubungan semakin jarang atas alasan kerjaya dan destinasi yang jauh dirantau orang. Kalau dulu aku dan sepupu-sepupu punya tradisi tidur di rumah nenek, bersembang dalam bilik sampai nenek sound suh tidur, namun kini cukup melepak sekejap cuma. Tapi nenek tetap macam dulu, mesti suh aku buat air dan minum sebelum balik. Nenek memang prihatin dalam menjaga tetamu.

Tapi semua tu dulu, masa nenek masih petah berbicara, tatkala nenek masih boleh ketawa ria. Sekarang nenek semakin tenat. Mama pernah bagitau, kadang-kadang nenek nampak orang di hujung kaki dan tepi katil, tapi mama tak nampakpun orang yang nenek maksudkan. Apa maksud semua itu? Kadang-kadang nenek meracau, kadang-kadang nenek seakan tak kenal anak-anaknya, apatah lagi kami cucu-cucunya...

Tadi, dalam esakan, mama bercerita lagi. Siang sebelum diserang sawan, nenek kelihatan semakin baik, boleh bercakap dan bercerita, kenal anak-anaknya, ada selera makan biarpun sedikit cuma. Nenek berpesan lagi minta maaf pada anak menantu... Bukankah itu petanda nenek akan pergi? entah aku tak pasti...

Sebak rasanya memikirkan nenek. Memikirkan kami anak-anak dan cucu-cucu yang jauh dirantau orang. Walau apapun terjadi, aku tau aku kena tabah menghadapi semua ini dan aku kena relakan semuanya.

Harapan yang terbaik untuk nenek... al-fatihah...

too much

Melihat pada last entry, almost 10 days aku tak blogging. Terasa rindu plak nak bercerita soal hati, tentang diri di sini...hehe

Banyak nau mende berlaku sejak akhir-akhir ni. ngan aktiviti berjimba kesana kemari, masalah kesihatan yang tak berapa nak sihat (baca : cane nak g kemboja nih?), dengan keje, dengan kekasih...ops... lalala... sape yang merana? Imran aku gak, ni dah dua kali aku lewat cuci dia. tu yang merajuk sampai langgar kete orang...kwang kwang kwang... tapi jangan risau, dia langgar sayang je. tapi sempat la aku jumpe mamat hensem kat situ...ahax! erm...hensem ke? dia baik je la sebab sanggup tolong aku setelkan ngan orang tu. lalalalalaaaa....

Bila balik umah rasa sunyi je, time-time ni la syahdu rasa nak berteman. Mama dan bapa jauh disana. Nak memasak? tak mungkin sebab aku asyik balik lewat, jawabnya beli makanan diluar sahaja. Lately ni memang kurang selera nak memasak pun.

Pastu cukup bulan dapat gaji, tapi tak sampai sehari, belen kat akaun dah tinggal 1/10. Habis membayar pelbagai liabiliti. cane nak menabung ke London nih?

ah cukup! cukup! sampai bila nak mengeluh? semua tu aku punya angkara... sendiri padan muka la...kan kan kan...

18 November 2008

batuk dan batuk lagi

perit juga, tahun ni rasanya banyak kali aku diserang penyakit yang sepupu kepada selsema iaitu batuk dan setiapkali terkena, keadaannya akan lama dan berlarutan sehingga harus berjumpa pakar...(baca: kalau Dr ensem takpelah jugak...ahax)

Dari pil-pil berwarna-warni untuk selsema dan cairkan kahak, kepada jenis nasal spray, sembur-sembur kat idung, dari ubat moden kepada tradisional remedi.

Suspek pula aku punya penyakit yang pelbagai... pneumonia, bronkitis, TB...(baca: mana mungkin!)... setiapkali tu juga kena buat chest x-ray.sentap mak nyah!

dulu-dulu ada gak degil bila berpantang makanan, sekarang ni memang aku sedaya upada mengikuti setiap saranan...moga ia takkan berpanjangan...(baca: batuk kali ni baru 2 minggu)...

korang doa sama lah ye...

amin

11 November 2008

aku demam ari nih!

erm... demam ke? tak sedap badan tepatnya....
ni penunjuk aras aku terlalu penat. Kadang-kadang bila kita melakukan sesuatu, tak sedar yang badan ni terlalu penat...letih menerima input. Setiap masa asyik memerah keringat melakukan itu dan ini. Penyudahnya, badan menghantar isyarat amaran berupa ketidakselesaan yang aku alami sekarang...

waaaaa... aku tak larat...

06 November 2008

Renjis 2

Malam tadi, sampai umah jam dah menghampiri angka 8.00 malam. Badan menggigil sejuk, tekak rasa makin perit, sentuh dahi panas...menyesal pulak tak singgah klinik. Tapi ubat antibiotik yang Doc bagi ahad ari tu tak abih lagi. Takkan nak kena makan ubat lain lagi?

Perut sebu tapi kena makan juga sebab nak consume antibiotic. Kejadian sesak nafas 2 tahun lepas menyebabkan aku serik ambil ubat dengan perut kosong. Pegi dapur semua kosong, sekosong hati ini. Dalam peti ais, ada barli yang aku masak pagi tadi, tiada yang lain cuma udang dan ikan kering, owh...ada pegaga... pun dah kering...huwaaa! Dibahagian sejuk beku ada kentang goreng, ada sambal ikan bilis yang Jue bekukan.

Teringat ada sebungkus chicken cream di dalam kabinet dapur. Hmmm... buat bubur barli + chicken cream macam sedap gak kan... aku terus keluarkan barli dari peti ais, bancuh chicken cream, gaul bersama barli, bila mendidih selesai semua, g mandi, pastu makan bubur barli bercampur krim ayam, makan sambil tengok berita kemenangan Obama untuk menerajui US.

Lepas makan ubat, aku lepak-lepak sambil tengok TV, kain-baju masih tersadai di bilik tamu tak berusik, malas nak lipat. Perkakas dapur yang digunakan semasa Majlis Hari Raya hampir sebulan lepas masih elok terletak di ruang tamu. Menunggu saat di simpan di dalam kotak... pun aku hanya memandang sepi. Tiada semangat melakukan sebarang kerja.

Bila selesai Oprah aku menukar channel TV, melihat-lihat di dalam info, semua cerita tak memberahikan... aku layan diari sehati berdansa kemudian Renjis 2. Seronok jugak tengok Ilyana berlakon, very da natural cuma kengkadang hero2 tu tak reti nak control ayu...ahax...

alih2, aku tertidur depan TV. hajat nak merenjis2 tak kesampaian... bila dah macam tu, aku tutup TV, aku tutup lampu, masuk bilik tidur...
/

04 November 2008

mermaid

tu cerita yang aku tengok dalam hallmark channel semalam. cerita yang buat aku nangis. sedih wooo... rupa-rupanya cerita tu adalah berdasarkan kisah benar.

dan saat itu juga aku berangan nak beli belon mermaid pastu tulis surat untuk empunya tulang rusuk yang kumiliki...hahaha... apekah!

banyaknya dugaan-Mu mengujiku...

dua minggu lepas, aku mula mengenali seorang teman... teman yang hakikatnya oppurtunist... lantas aku mengundur diri... pegi mampos la! tapi dia tetap teman aku kannnnn... iya, kita masih berkawan tapi aku sudah tidak menganggapmu seperti dulu...

kemudian, mood swing melanda, PMS rupanya...aduh! aku agak kecewa bila urutan menses hanya selang 35 hari untuk 2 kali. Aku kembali ke rutin asal dalam selangan 20 - 21 hari.

Tertekan dengan semua, aku gaduh ngan orang yang aku tak kenal, hanya kerana aku nak parking di tempat yang telah dijajahnya. sebab dia dengan bangangnya parking serong dan ambil dua tempat parking, kemudian meninggalkan anaknya di dalam kereta sedangkan dia pergi lama. MyVi hitam WRB613*... dah la ajar anak kuang ajor (si abang) pastu dia pun bodoh parking macam tu... aku ingatkan hensem sebab anak yang tak berapa nak kurang ajor (si adik) tu comel... rupa-rupanya dah beruban... what da he**! nak muntah lak panggil dia abg malam tu... yucks! konon-konon nak baik tapi bila dia tak minta maaf, aku sembur laaa... si** punye OrTu ! huhhhh ! puas hati aku.... kah kah kah!

erks... tapi sebenarnya perkara ni takkan jadi serumit ini kalau aku selamba je. Ni semua penangan PMS... hebat kan...