02 October 2007

Its me...

26 September 2007

Hapus Aku...

Kutuliskan kesedihan
semua tak bisa kau ungkapkan
dan kita kan bicara dengan hatiku
Buang semua puisi
antara kita berdua
kau bunuh dia sesuatu
yang kusebut itu cinta
yakinkan aku tuhan
dia bukan milikku
biarkan waktu waktu
hapus aku
sadarkan aku tuhan
dia bukan milikku
biarkan waktu waktu
hapus aku....
I dedicate tis song to Jeki Rizal Zulkarnain

08 September 2007

What exactly do I want?

hmmm.... hampir 4 bulan aku tak berkesempatan untuk berkarya di blog sendiri... 4 bulan yang diharungi pahit manis, suka duka...
Kesibukan kerja-kerja COSH membataskan aku untuk semua aktiviti sosial... kerja-kerja sukarelawan, kawan-kawan, keluarga, malah untuk memanjakan diri sendiri ...terpaksa aku tinggalkan sementara waktu bagi membolehkan perhatian ditumpukan sepenuhnya untuk COSH.
Alhamdulillah, COSH2007 berakhir sudah... kuharungi dengan segala macam peristiwa dan pengalaman... perkara yang akan tetap tersemat dalam sanubari sampai bila-bila... juga mengajar aku tentang hidup yang telah aku sia-siakan selama ini...keluarga, sahabat-handai juga kekasih hati yang kini entah dimana membawa diri...
Dimana silapnya?

Munajat Cinta...


Dua bulan menyulam cinta
dua bulan aku cuba menerima dia seadanya...

kini
setelah sedikit perasaan timbul dihati,
setelah sedikit sayang diberi,
dia pergi,
tinggalkan aku sendiri...
tanpa kata, tanpa bicara, tanpa nota.

25 May 2007

Apendices... a toughest journey....

Hmmm... melihat pada tajuk, gerun dibuatnya. Tapi ini sekadar perkongsian pengalaman... kronologi sebelum hinggalah selepas pembedahan kecik apendiks.

2 April, Hari pertama berkerja setelah hampir seminggu cuti. Banyak perkara perlu diselesaikan sebelum kembali bercuti kerana tamat kontrak. Sakit perut yang dialami semakin kerap. Petang itu, aku ke klinik Syifa' untuk rawatan. Musykil juga kalau-kalau keracunan makanan. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat sakit perut dengan pesanan sekiranya sakit tidak berkurang, aku kena datang balik untuk pemeriksaan selanjutnya.

3 April, sakit masih berlarutan namun sepanjang hari aku masih mampu bertahan menyiapkan segala kerja. Sementelah kami mengejar masa untuk pendaftaran awal COSH. Selesai waktu pejabat, aku terus ke klinik. Kali ini doktor mengesyaki aku mengidap apendiks namun aku harus dirujuk kepada doktor pakar untuk rawatan lebih lanjut. Doktor memberkalkan aku dengan beberapa jenis ubat disamping surat rujukan Doktor pakar. Tapi betulke?

4 April, sakit semakin berkurangan dan aku beranggapan telahan doktor bahawa aku mengidap apendic salah belaka. Mungkin angin gastrik yang menyebabkan aku sakit. Namun, aku tetap bersedia dengan surat jaminan pejabat. manalah tahu jika tiba-tiba tengah malam aku betul-betul kesakitan dan memerlukan rawatan.

Malam tu, aku merasa sakit yang amat sangat. Dah takut sebenarnya.... betul ke aku kene apendics?

5 April, dek kesakitan semalam, aku mengambil keputusan untuk tidak kepejabat hari ini sebaliknya pergi ke KPMC untuk berjumpa doktor pakar. Sebelum pergi aku sempat minum bubur nasi bersusu kerana hanya makanan tu yang aku mampu makan.

Doktor Hassan, Pakar Bedah Am KPMC mengesahkan apendic aku telah pecah dan aku harus dibedah pada petang hari yang sama... i'm shocked!

Dua jam lagi sebelum pembedahan, aku sempat mengambil gambar untuk pasport, plannya minggu depan aku akan terbang ke Medan. Sempat juga balik ke rumah dan ambil barang keperluan sepanjang aku dirawat dalam wad.

Pukul 3 petang, aku di hantar ke bilik pembedahan, sebelum tu sempat juga call office dan mak mengkhabarkan aku akan dibedah. Namun tiada siapa yang percaya... me either...

3 Jam dalam bilik pembedahan, pukul 7.30ptg aku keluar dari bilik pembedahan dan dihantar ke wad.

04 May 2007

Home Sweet Home - Wedding Milah

To many times i've tried to write on my blog, but time would always stop me.

Hari ni, di cuti sempena Hari Pekerja dan Hari Wesak, aku cuba menyiapkan sekurang-kurang seperenggan catitan dari Mac hingga April... hmmm... lama nau kirenye yer....
27 Mac 2007, 9.15 malam, aku dan Maya menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu (dia ikut aku balik sehhh)... balik kampung sempena meraikan Majlis Perkahwinan sepupu aku di Daerah Papar, Sabah.Sebelum tu kami dihantar oleh Linda dan Ct . Sempat makan malam bersama di LCCT.

Mama dan bapa yang menyambutku sesampainya kami di terminal 2 Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Balik rumah dan terus tidur selepas membersihkan diri.

28 Mac 2007, pagi tu aku bangun agak lewat tapi sempat bersiap untuk menghantar mama ke sekolah. Kemudian, ku usung Maya ke Pasar Filipin untuk memborong mutiara....erk... memborong ke? sempat juga kami ke Wisma Sedco a.k.a Plaza Wawasan untuk bertemu Kak Teh (Sepupu Maya) dan sekadar window shopping bila mama call untuk mengambil dia di sekolah...alahai... Kami kembali ke Plaza Wawasan selepas mengambil mama, ada barang yang ingin mama beli. Dikesempatan ini, Maya sempat juga membelek kiosk-kiosk yang ada di sana dan membeli sebuah jam yang cantik... semua orang pun puji what... on the way balik ke rumah, kami sempat singgah di pasar Sabindo dan membeli tiram segar...pergh...sedapnya


Malamnya, kami pergi ke rumah pengantin (Milah) di Kg Takis, Papar... disini, kesibukan kenduri kahwin biasanya bermula sebulan lebih awal dan dalam masa seminggu, rumah pengantin akan sentiasa dikunjungi sanak saudara dan jiran tetangga. Pengalaman baru buat Maya, sempat juga kami mengisi gula-gula ke dalam bekas untuk cenderahati tetamu yang akan datang pada hari Persandingan. Kesian dengan Maya sebab belum pun lepas lelah siang tadi, malam pula kene berjaga membantu mana yang patut.... hahaha! kene dera lah kiranya...



29 Mac 2007, agak lewat kami ke rumah Milah, ini disebabkan bangun lewat dan penat... tapi memikirkan ada banyak kerja yang harus diselesaikan, sebelum tengahari, aku dan maya sudah berada dirumah Milah. Hari ini menolong merias bilik pengantin apa-adanya. Petang sedikit, bila mama sudah sampai, aku dan Maya mengundur diri untuk pergi ke KK. Sempat kuheret adik Milah, Adi. Dalam pada itu, aku mula merasa tidak sedap perut.

Sekali lagi, aku, Maya dan Adi pergi ke Pasar Filipin, kali ni tujuannnya lebih jelas sebab sudah tahu apa yang ingin dibeli. Usai membeli mutiara dan baju T, kami beralih ke kawasan hasil Laut yang sudah dikeringkan atau diproses. Aku sempat membeli udang kering, ikan bilis, ikan kering rangup dan sotong kering. Manakala Maya tetap tidak lupa menbeli Amplang...sejenis keropok ikan yang cukup popular di Sabah.

Selepas itu, aku menghantar Maya ke rumah Kak Teh di Taman Seri Kepayan... jenuh jugak mencari rumah Kak teh, Alhamdulillah, berkat pusing-pusing dan tanya orang keliling, akhirnya berjumpa juga.(Aku bukan familiar pun area Kepayan). Selepas menghantar Maya, aku dan Adi bergegas pulang ke Papar.

30 Mac 2007, hari Jumaat. aku ke rumah Milah awal pagi. Sesampainya disana aku mengemaskan ruang tamu, membersihkan mana yang patut dan menolong orang di balai(tempat khas untuk penyediaan masakan di belakang rumah) untuk mengupas bawang. Hari ini, semakin ramai orang yang datang. Biasanya masa-masa sebeginilah untuk kami sanak-saudara saling kenal-mengenal dan beramah mesra antara satu sama lain. Sakit perut masih berterusan, namun alhamdulillah ia tidak menggangu aktiviti yang aku lakukan.(gambar pelamin dan aktiviti di balai)

Malamnya pula, aku mengambil Maya di rumah Kak Teh. Maya agak sihat hari ini, sementelah dia sudah agak biasa dengan persekitaran keluarga aku. Jadi ku ambil kesempatan untuk menolong orang yang memasak didapur pada dinihari. Pukul 4 pagi baru balik rumah sehhh... kesian gak kat Maya tapi ape boleh buat.(gambar aku goreng terung)

31 Mac 2007, mungkin dek keletihan dan tidur yang agak lewat, kutinggalkan Maya di rumah sementara aku dan Mama pergi ke rumah Milah untuk acara Mendadih. Nampak gayanya maya terlepas peluang melihat sendiri upacara ini. Dalam pukul 11, aku kembali ke rumah untuk mengambil Maya dan adik-adikku. Pelamin sudah disiapkan dari Khamis lalu, begitu juga dengan bilik pengantin. Petang itu pula, adalah acara membungkus Kelupis dan memasukkannya ke dalam bekas untuk diberikan pada tetamu pada malam berinai malam ini.


Setelah selesai kerja-kerja pembungkusan, aku mengajak Maya balik ke rumah (meminjam Kereta Babu Minah) sebab mama dah balik awal menunggu rombongan pengantin lelaki yang akan bermalam di rumah malam ini. Sesampainya di rumah, agak ramai muka-muka yang aku kenali zaman sekolah rendah dulu, semuanya adalah sanak-saudara sebelah pengantin lelaki. Tak sangka, jodoh Milah orang Labuan juga bah.... kwang kwang kwang

Malam itu, kami sampi di rumah pengantin agak lewat,malang juga sebab tak sempat merasa makan malam di rumah tersebut. Sekali lagi ku heret Maya ke Pasar Malam Sabtu di Tapak Pasar Tamu untuk membeli juadah makan malam. Dengan perut yang berkeroncong, aroma Sayap Ayam dan Martabak Jawa menggamit kami berdua. Satu masalah timbul, nak makan kat mana semua makanan yang dibeli? akhirnya rumah Nenek yang bersebelahan dengan rumah Milah menjadi tempat singgah untuk makan malam. (13 ketul kepak Ayam dan 3 keping Martabak Jawa)... Fullamak... mengketedarah abih gamaknya. tapi jangan risau, ada beberapa ketul lagi baki sayap ayam dan martabak jawa yang dihabiskan oleh Azmin dan Uni(My dearie cousin).

pukul 9 Malam, majlis berinai bermula setelah didahului dengan upacara berzanji oleh orang-orang kampung. Majlis ini agak berbeza kerana pengantin lelaki turut ada dalam upacara ini memandangkan beliau datang dari jauh(Labuan). Seusai majlis berinai dan sekembalinya pengantin lelaki ke rumah. Kami memulakan upacara 'membedak' dan 'memacar' Milah. Selesai semua perkara, aku balik ke rumah.

1 April 2007, Hari persandingan Milah dan Suami, Azmi. hari ini, aku diberi kepercayaan untuk menjadi pengapit pengantin. Ramai orang yang datang, sanak saudara dari jauh dan dekat, sahabat handai dan jiran tetangga memeriahkan majlis. kak Teh sepupu Maya pun turut hadir, rupa-rupanya Kak Teh adalah kawan kepada babu Zuraidah masa belajar di Medan dulu. Kecik sangat lah dunia ni. Di sudut depan rumah disebelah kanan pula terlekat set Karaoke beserta DJ nya sekali bagi menghiburkan tetamu yang datang. Pengantin lelaki datang menghampiri jam 1 petang. Sempat juga Maya melihat sendiri bagaimana Majlis Perkahwinan di Papar sebelum balik mengikut Kak Teh. Kami cuma akan berjumpa pada malam ini di Terminal 2, KKIA.

Selesai sudah majlis perkahwinan Milah dan Azmi,masing-masing mula merasa kepenatan setelah sekian lama memerah tenaga dan keringat bagi memastikan majlis berjalan lancar. Ada juga yang terus menempek depan TV melihat Konsert ke-3 Akademi Fantasia. Tidak kurang juga yang tertidur.



Pukul 5 petang, aku bersiap untuk balik ke rumah bagi mengemaskan barang-barang yang akan dibawa pulang. Lebih kurang jam 6.30 petang, mama dan bapa menghantar aku ke Terminal 2, KK Internation Airport. Berat rasa hati untuk berangkat meninggalkan mana dan bapa, serta sanak saudara di Sabah namun ku tabahkan hati melangkah pergi....cheh...ala-ala jiwang la pulak.


Pukul 8.30, aku dan Maya sudah siap daftar masuk, menunggu sejam lagi untuk terbang. Sempat juga bersembang dengan kak Teh. Selepas Kak Teh balik, aku mengajak Maya untuk makan kerana lapar dan sakit perut.

9.25 Malam, kami sudah berada di perut Pesawat Air Asia pulang ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Sabah... tunggu aku akan datang lagi... i'm gonna miss u...

11.45 malam, kami selamat mendarat di LCCT. Selepas mengambil Bagasi, kami menunggu Linda dan Ct yang sudah dalam perjalanan untuk mengambil kami.


Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 1 pagi. Selepas membersihkan diri dan menyediakan baju untuk di pakai keesokan ahrinya, pukul 2.30 aku sudah melelapkan mata.... zzzZZZZZZ... berakhirlah coretan untuk perjalanan kali ini.

21 February 2007

Gunung Nuang : LOLO Waterfall Mission

Cuti Tahun Baru Cina sepatutnya disambut dengan XPDC ke Endau Rompin tapi dek kerana Taman Negara rosak akibat bencana banjir yang melanda awal tahun ini, XPDC tersebut terpaksa ditunda ke bulan april... EnRoAd... tunggu aku datang !

Bagi mengisi masa terluang sempena cuti yang agak panjang grup aku (Highlanders) akhirnya memutuskan untuk pergi ke Gunung Nuang sahaja sementelah Gunung Nuang ni 'dokek bonau le'. Terletak di Mukim Hulu Langat, berdekatan dengan Lembah Pansun dan Sungai Chongkak.

Gunung Nuang ni takdela tinggi sangat, dalam 1000++ kaki je tapi nak sampai ke puncak tahun lepas ntah berapa kali aku menyumpah orang yang bawak tu(opismet aku laaa). Nak-nak pendakian tu merupakan come back aku dalam arena pendakian. Mengikut kata kawan-kawan mendaki, Nuang ni memang tempat training bagi pendaki Everest dan Kinabalu. No wonder la tough.

Pendakian kali ni merupakan pendakian kali ke-2 tapi takdelah mendaki sampai ke Puncak Nuang, cukup setakat Kem Lolo sebab misi utama adalah mencari Air Terjun LOLO.

16 Feb 2007
8.00 pm Berkumpul di NIOSH
9.00 pm Bergerak dari NIOSH ke Parking Gunung Nuang
11.00pm Night Trek dari parking ke Kem Lolo
1.00 am Sampai Kem Lolo, pacak khemah, layan tidur...

17 Feb 2007
6.30 am Sepatutnya dah bangun, tapi tak bangun pun,hujan lebat+deruan air...pergh best!
9.00 am Bangun tidur tapi masih dalam tent... yang lain masih layan tidur
(Nampaknya tak jadi nak kemana-mana sebab hujan turun agak lebat)
12.00pm Lepak, makan tengahari dan lepak lagi
4.00 pm Mandi - Merangkap mandi untuk semalam dan pagi tadi.hehehe
6.00 pm Masak untuk makan malam, Makan Nasi lauk Ayam Masak Asam "AlBadAn".
8.00 pm Lepak kejap, Jue ngan Kak Haz dah masuk tidur. Buat unggun api & tgk movie.
10.00pm Tidur Time!



18 Feb 2007

6.30am Macam semalam jugak, masih dalam sleeping bag

8.00am Dah bangun, sarapan dulu sambil menyakat orang.

9.30am Mandi, ambil gambar dalam sungai, menyakat orang dan mandi lagi

11.00am Packing barang

12.00pm Bergerak dari Kem Lolo ke Parking Gunung Nuang.


Alhamdulillah, dalam pukul 2.00 petang semua sudah selamat sampai ke Parking Gunung Nuang, lepas salin baju kitaorang bergerak balik pada pukul 3.30 pm.

Alhamdulillah juga, pendakian kali ini tidaklah memeritkan seperti pendakian sebelum ni. Allah senangkan perjalanan aku kali ini sebab semuanya berjalan dengan lancar.

15 February 2007

valentine...

Setiap orang pasti akan mengingati tarikh 14 Februari, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya sebagai hari meraikan kekasih atau orang-orang yang dikasihi.

Namun bagi aku, 14hb Februari adalah masa untuk memberi peringatan pada saudara mara dan sahabat handai bahawa empat bulan lagi aku akan menyambut ulang tahun yang kesekian kalinya. hahaha... seems that im begging for the special present, perhaps got my real Valentine... chewah...

Dan tengah lepak-lepak kat rumah tengok citer "Falling in love with the girl next door" kat Hallmark Channel, tiba-tiba terfikir nak buat sesuatu ... Asking people to be my valentine for only a year... hmm, sounds like im too desperate huhhh... ape-apelah, mana tau nasib baik dari setahun jadi dua tahun dan bertahun-tahun akhirnya... insyaAllah.

Terfikir jugak, kriteria ape yang aku cari selama ini ? memilih yang amat. Tapi rasanya, cukup dia punya keperibadian sederhana, boleh jadi pembimbing aku dan semestinya tahan lasak... sbb aku jenis yang suke buli orang, hahaha! Biarlah aku ditemukan dengan seseorang yang boleh menerima aku apa adanya, sebagaimana aku boleh menerima dia seadanya jua...

Where cud I find him? ... can somebody answer me?

13 February 2007

haruskah...

"You're are not technical qualified for that post"...
"Kita cari orang teknikal, yang boleh menjawab soalan-soalan teknikal"...

but we will never know if you never give the chance for us to prove it....

Pelik, semua kerja-kerja kat dunia ni perlukan orang teknikal sahaja ke? especially in engineering field? habis tu macamana dengan marketing, publishing, accounting...

Tapi itulah kenyataan yang perlu aku hadapi semalam... yang akhirnya memaksa aku berkongsi kisah suka duka kehidupan yang aku lalui dalam blog... perkara yang pernah aku lakukan sedikit masa dulu, namun terhenti ditengah jalan...

Kini, aku kembali... walaupun dengan blog yang baru (sebab yang lama dah tak ingat dah pun). Akanku lakarkan coretan-coretan hidup yang mungkin boleh dikongsi bersama.