Hmmm... melihat pada tajuk, gerun dibuatnya. Tapi ini sekadar perkongsian pengalaman... kronologi sebelum hinggalah selepas pembedahan kecik apendiks.
2 April, Hari pertama berkerja setelah hampir seminggu cuti. Banyak perkara perlu diselesaikan sebelum kembali bercuti kerana tamat kontrak. Sakit perut yang dialami semakin kerap. Petang itu, aku ke klinik Syifa' untuk rawatan. Musykil juga kalau-kalau keracunan makanan. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat sakit perut dengan pesanan sekiranya sakit tidak berkurang, aku kena datang balik untuk pemeriksaan selanjutnya.
3 April, sakit masih berlarutan namun sepanjang hari aku masih mampu bertahan menyiapkan segala kerja. Sementelah kami mengejar masa untuk pendaftaran awal COSH. Selesai waktu pejabat, aku terus ke klinik. Kali ini doktor mengesyaki aku mengidap apendiks namun aku harus dirujuk kepada doktor pakar untuk rawatan lebih lanjut. Doktor memberkalkan aku dengan beberapa jenis ubat disamping surat rujukan Doktor pakar. Tapi betulke?
4 April, sakit semakin berkurangan dan aku beranggapan telahan doktor bahawa aku mengidap apendic salah belaka. Mungkin angin gastrik yang menyebabkan aku sakit. Namun, aku tetap bersedia dengan surat jaminan pejabat. manalah tahu jika tiba-tiba tengah malam aku betul-betul kesakitan dan memerlukan rawatan.
Malam tu, aku merasa sakit yang amat sangat. Dah takut sebenarnya.... betul ke aku kene apendics?
5 April, dek kesakitan semalam, aku mengambil keputusan untuk tidak kepejabat hari ini sebaliknya pergi ke KPMC untuk berjumpa doktor pakar. Sebelum pergi aku sempat minum bubur nasi bersusu kerana hanya makanan tu yang aku mampu makan.
Doktor Hassan, Pakar Bedah Am KPMC mengesahkan apendic aku telah pecah dan aku harus dibedah pada petang hari yang sama... i'm shocked!
Dua jam lagi sebelum pembedahan, aku sempat mengambil gambar untuk pasport, plannya minggu depan aku akan terbang ke Medan. Sempat juga balik ke rumah dan ambil barang keperluan sepanjang aku dirawat dalam wad.
Pukul 3 petang, aku di hantar ke bilik pembedahan, sebelum tu sempat juga call office dan mak mengkhabarkan aku akan dibedah. Namun tiada siapa yang percaya... me either...
3 Jam dalam bilik pembedahan, pukul 7.30ptg aku keluar dari bilik pembedahan dan dihantar ke wad.
No comments:
Post a Comment