25 & 26 Disember baru nih, aku, Juju dan Elli camping kat Bagan Lalang. Luckily the weather are so bright thou angin tadek sangat. Dah lama tak camping, tengok bulan bintang di langit. Kitaorang buat BBQ, menu biasa,kentang, sosej, kambing dan udang. Ayam takde so kitaorang beli ikan jenahak dan bakar idop2 (ahahaha...tipuk).
Since dah lama tak tido dalam khemah, makanya aku ngan juju resah gelisah dalam khemah. Tak ble nak tido jadik layan sembang sampai pagi. Elli dah lama lelap.
Pagi sabtu, pagi-pagi lagi dah sedar sebab bunyi bising diluar khemah. Bangun-bangun je tengok pantai...bahagia gile aku rasa. Keluarkan barang2 untuk sarapan, pastu g mandi laut, pas mandi laut, men layang-layang plak... bestnyeee...
Time nak pulang, tayar kete juju lak takde angin, tengah terkial2 nak tukar tayar, ada orang tolong. Pastu having lunch together dan sembang punye sembang, masa dah mencecah pukul 3 petang. Pukul 4 bergerak pulang, juju balik ke bangi, aku dan eli terus menuju rumah pink. (Sempat tido kat petronas lcct tuk tido)...
sampai kat rumah pink, pengsan kejap, kul 7.30 balik bangi. Kemas barang, tengok TV dan terus tertido.
hmmm... rasa best sangat bila buat lite outdoor cenggini. Tapik, member takde. sob sob sob... kena tunggu juju balik lagi lah gamaknya.
No comments:
Post a Comment