31 December 2009

selamat tinggal 2009... bertemu kita 2010

beberapa jam lagi, kita akan meninggalkan 2009 dengan seribu satu cerita suka duka. Ikutkan memang banyak cerita sepanjang 2009.

Job scope baru, aktiviti baru, kenalan baru, dan paling gembira, dua orang ahli keluarga baru, Emad dan Adam... semua memberi corakan yang unik dalam diari hidup seorang aku...

malam ni, join 'geng kelaut' menuju Temasek dengan menaiki tren... esok seharian disana dan kembali ke KL hanya selepas tengah malam (tu pun kalau masih ada bas ekspress beroperasi pada lewat malam)... aku tak beli tiket lagi hahhahaaa...

kemudian, rencananya ke Bukit Broga pagi 2hb..jumpa geng mendaki yang baru disana.

3hb ada latihan vocal tuk VRC (Latihan vocal tu gile gah bunyinya...kwang kwang kwang)...

JAdinya, selamat tinggal 2009 yang indah ... menjelmalah 2010 dengan seribu satu misteri...

28 December 2009

xmas lite camping in memory

25 & 26 Disember baru nih, aku, Juju dan Elli camping kat Bagan Lalang. Luckily the weather are so bright thou angin tadek sangat. Dah lama tak camping, tengok bulan bintang di langit. Kitaorang buat BBQ, menu biasa,kentang, sosej, kambing dan udang. Ayam takde so kitaorang beli ikan jenahak dan bakar idop2 (ahahaha...tipuk).

Since dah lama tak tido dalam khemah, makanya aku ngan juju resah gelisah dalam khemah. Tak ble nak tido jadik layan sembang sampai pagi. Elli dah lama lelap.

Pagi sabtu, pagi-pagi lagi dah sedar sebab bunyi bising diluar khemah. Bangun-bangun je tengok pantai...bahagia gile aku rasa. Keluarkan barang2 untuk sarapan, pastu g mandi laut, pas mandi laut, men layang-layang plak... bestnyeee...

Time nak pulang, tayar kete juju lak takde angin, tengah terkial2 nak tukar tayar, ada orang tolong. Pastu having lunch together dan sembang punye sembang, masa dah mencecah pukul 3 petang. Pukul 4 bergerak pulang, juju balik ke bangi, aku dan eli terus menuju rumah pink. (Sempat tido kat petronas lcct tuk tido)...

sampai kat rumah pink, pengsan kejap, kul 7.30 balik bangi. Kemas barang, tengok TV dan terus tertido.

hmmm... rasa best sangat bila buat lite outdoor cenggini. Tapik, member takde. sob sob sob... kena tunggu juju balik lagi lah gamaknya.

10 December 2009

Siapa sangka

aku cam dah bajet pegi review BINGKAS hujung minggu ni, dan membiarkan hati aku bersedih tak boleh gather ngan whole famili di Sabah, ada majlis cukur jambul plus aqiqah untuk Adam Qayyum. Juga ada Majlis Tahlil arwah nenek.

Siapa sangka, ada problem dengan event kat sabah minggu hadapan lalu nama aku naik untuk jadi penyelamat dunia...wah!

Jadik, aku kenalah cancel pegi review Bingkas dan esok pepagi bertolak ke Sabah... yeay yeay...

Famili kat sana tak tau lagi kecuali adik aku yang kena pick up aku kat airport. heheh...suprise nyah!

08 December 2009

cuti raya tahun depan

aku dah beli tiket balik hari raya tahun hadapan dengan hanya RM134 untuk return ticket, murah kan ... cuti 2 minggu... wah! seronoknya saya....

harap-harap bakal bos baru aku pon sama macam bos sekarang, senang approve cuti. (Sebenarnya aku lagi berharap supaya bos sedia ada dikekalkan saja)

Prinsip aku cuti itu satu privillage. Bakpe mung kasi cuti sampai 60 hari setahun tapi nak cuti pon tak boleh? (ini amaran kepada bakal bos baru...hehhh)
**Tak sabar tunggu new year untuk apply cuti raya. So that kalau bertukar boss, boss baru tak ble nak cakap ape sebab cuti dah approve... Ok tak?

07 December 2009

manis

Jumaat malam lepas aku g rumah pink, ada meeting membincangkan program dan perancangan seterusnya untuk 'Geng Kelaut'...ptuih... wakakaka... Balik dari rumah pink, terus balik bangi, hajat nak singgah tesco kajang tak jadik sebab cam dah jauh bebenor ngan jalan biasa ke rumah aku. Sampai umah, layan baca novel sampai kul 2 pagi.

Sabtu pagi, asalnya keje tapi aku minta tolong Kak Syihan untuk ganti tempat aku ke Projek Stesen Bas Bandar Tasik Selatan. Malas nak juma Asrul, project manager yang aku dah bergaduh dengannya...ahax. sebenarnya aku ada misi lain, kemas rumah, beli barang basah dan marinate hewan2 untuk dibakar petang nanti.

Pukul 11 pagi, aku shopping kat pasaraya bintang, beli kepak ayam sekilo setengah, udang sekilo, kentang 8 biji, sosej, bihun, taugeh, fish ball, black pepper dan butter. Sampai umah, rendam bihun, bersihkan ayam dan udang, rebus kentang dan kupas bawang dan halia. Mudahkan keje, aku blend je semua bahan perap. Cili kering aku dah buat siap-siap sehari sebelum.

Once keje memerap siap, aku mula siapkan bumbu untuk bihun goreng, simple je, ikan bilis, bawang putih, bawang merah di blend kemudian tumis dengan cili kering. Lepasty, masukkan ayam, fish ball dan sotong. Bila dah masak baru masukkan bihun yang dah digaul dengan kicap. letakkan taugeh... tadaaaa..dah siap.

Pukul 4.30 petang, jumpa kareem, aniza, sarah dan ayip kat flea market, serdang, terus gerak ke Bagan Lalang. Jumpa fiza dan shuk kat sana. Sampai je, dapat port best, yang tak bestnya angin tak berapa nak ada. jenuh menaikkan layang-layang. Makan cukup, siap ada peach tea lagi.

Kitaorang lepak sampai malam. seperti biasa aktiviti teka lagu dan kali ni ada plak teka surah... pukul 9.00 malam, kemas barang dan balik.

Aniza ikut aku balik rumah, Kareem balik ngan shuk, Sarah balik ngan Ayip dan Fiza balik sensorang ke Klang. Sampai rumah, aniza terus tidur. Penat agaknya sebab seharian aniza beraktiviti, dari 3R, KLPAC dan Bagan Lalang. Aku? sempat cuci baju, baca buku dan tengok tv sebelum melelapkan mata. Sedar-sedar dah masuk hari baru. dan aku pun tidur dulu...

**ops...aku tertinggal hewan bernama kambing yang telah dikorbankan untuk pesta pantai bagan lalang ari tu...sedap hingga menjilat jari...manis ok...

02 December 2009

Imran dah sihat

patutnya semalam dah hantar Imran g servis, tapi sebab flight kakak delay 2 jam setengah makanya melepak kat KLIA sampai kul 2, terus call Perodua Service untuk tukar masa servis ke hari ini.

So pagi tadi, hantar Imran, servis kali ni cuma tukar minyak hitam, filter, gasket dan plug at RM152... ops, plus RM18 untuk tukar bateri remote.

Jadik, Imran dah beroperasi seperti biasa, kesian gak tadi dia dok menjerit2 masa orang tu tengok masalah remote, mesti sakit tekak imran sebab kena menjerit banyak-banyak kali...kueng kueng kueng :)

Ok, pasni nak bawak Imran ke Continental Tyre plak kasik service alignment n balancing, pastu bawak g carwash tuk cuci enjin dan mebe polish. pastu nak bawak imran jenjalan pusing utara/selatan seperti dirancang... Honeymoon Time!