Jumaat lepas, aku ikut kakak balik rumah mertua di Kuala Terengganu. Off course lah bawak baby Emad sekali. 2 hari disana aku berkesempatan naik bot penambang dari Seberang Takir ke Pasar Payang, habis jugak duit memborong tudung. erm, ni first time aku shopping tak hengat. first time jugak naik bot penambang di Kuala Terengganu.
Petang puasa terakhir aku ikut Kak Zah ke Bazar Ramadhan Batu 6. Umat ramai yang amat. pasti beda dengan suasana di Bangi. Hari-hari terakhir di Bazar Ramadan Bangi pengunjung semakin kurang. Mungkin masing-masing sudah pulang untuk berhari raya.
Ahad, pagi Hari Raya Pertama di sambut di Kuala Terengganu, pukul 10 pagi, aku dah fly balik KL. Beraya di KL pulak lah kononnya...hehehe...
Abang ngan kak ipar amik kat KLIA, pastu terus g hospital, kak ipar kena buat CTG setiap hari. Baby tak banyak bergerak jadi kak ipar kena monitor degup jantung baby setiap hari. Lepas tu kitaorang beraya kat Puchong sebelum balik ke rumah.
Pukul 2.30petang aku ke Damansara, menemani seorang tua berhari raya. Berhari raya bersama veteran memanglah tak best... hahaha...tapi aku layan je. Malam tu aku sangat-sangatlah penat jadi apa lagi, tidor awal lah.
Sekarang? raya ke-3, sangap gile tak tau nak buat apa. Duduk rumah pun tak tau nak buat apa... ni macam ada talent je aku g Bagan Lalang main layang-layang...hahahaha...hohoho...
No comments:
Post a Comment