27 September 2009

New Born BabY ~ Adam Qayyum bin Rajap

Hari ini, 27hb September 2009, pukul 9.45 pagi, bertempat di Bilik Pembedahan Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bandar Baru Bangi, Adam Qayyum dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Kaedah yang sama tatkala aku dilahirkan dulu.
Nampak gaya Emad dah ada geng lah kat sini...ngehehe

Apepun, Congrats to Abang dan Kakak Ipar...

.

.

.

and tis picca, Adam & Auntie Nann ... cumil tak?

22 September 2009

cerita raya 2009

Jumaat lepas, aku ikut kakak balik rumah mertua di Kuala Terengganu. Off course lah bawak baby Emad sekali. 2 hari disana aku berkesempatan naik bot penambang dari Seberang Takir ke Pasar Payang, habis jugak duit memborong tudung. erm, ni first time aku shopping tak hengat. first time jugak naik bot penambang di Kuala Terengganu.

Petang puasa terakhir aku ikut Kak Zah ke Bazar Ramadhan Batu 6. Umat ramai yang amat. pasti beda dengan suasana di Bangi. Hari-hari terakhir di Bazar Ramadan Bangi pengunjung semakin kurang. Mungkin masing-masing sudah pulang untuk berhari raya.

Ahad, pagi Hari Raya Pertama di sambut di Kuala Terengganu, pukul 10 pagi, aku dah fly balik KL. Beraya di KL pulak lah kononnya...hehehe...

Abang ngan kak ipar amik kat KLIA, pastu terus g hospital, kak ipar kena buat CTG setiap hari. Baby tak banyak bergerak jadi kak ipar kena monitor degup jantung baby setiap hari. Lepas tu kitaorang beraya kat Puchong sebelum balik ke rumah.

Pukul 2.30petang aku ke Damansara, menemani seorang tua berhari raya. Berhari raya bersama veteran memanglah tak best... hahaha...tapi aku layan je. Malam tu aku sangat-sangatlah penat jadi apa lagi, tidor awal lah.

Sekarang? raya ke-3, sangap gile tak tau nak buat apa. Duduk rumah pun tak tau nak buat apa... ni macam ada talent je aku g Bagan Lalang main layang-layang...hahahaha...hohoho...

H.O.P.E.L.E.S.S

sometimes, I feel like life is so unfair. Put me as a 2nd, 3rd or even last choice to be choosen...

17 September 2009

Ahmed Emad Addin ~ Hadiah terindah di hari lahir

Ari ni beday kakak a.k.a mamanya di Emad. Malam tadi aku g Shah Alam shopping baju raya, teringin nak belikan baju raya untuk kakak tapi takut saiz tak sama. Sudahnya aku cuma beli baju untuk aku sahaja.

Taknak citer pasal lain, aku nak upload gambar anak sedara sulung dalam keluarga aku...




13 September 2009

Pergi yang tak kembali

Semalam, trainer SHO aku tak dapat mengajar sebab mak beliau meninggal. Takziah kepada keluarga Tn Hj Mohd Md Din atas pemergian ibu tercinta.

Pagi ni, aku dikejutkan dengan SMS yang menyatakan En Nasri, Pengurus Besar Korporat NIOSH meninggal dunia.

Aku berkesempartan memberi penghormatan terakhir untuk jenazah di Bilik Mayat, HUKM. Sebak dada melihat balu dan anak-anak yang ditinggalkan.

Tatkala keranda jenazah melalui tempat aku berdiri, terdetik di hati, inilah perjalanan terakhir Arwah En Nasri di dunia. Pergi yang takkan kembali.

Semoga roh mereka aman di sana dan di rahmati Allah Swt.

Takziah kepada keluarga arwah.

Al-Fatihah...

03 September 2009

tak sihat lagi

pagi tadi jam 5 pagi jam dah menjerit kejutkan aku dari pembaringan. Masuk dapur minum air sejuk. terasa tekak perit semacam... nak selsema.Ouch!

Aku goreng mee buat sahur pagi ni. Lepak sambil tengok cerita Diari Ramadhan Rafique dan iron baju sementara menunggu azan Subuh. Lepas subuh apa lagi, aku tarik selimut... tekak makin perit, dah mula tak sedap badan.

7.30 pagi, aku bangun, mandi dan bersiap ke pejabat. Owh, hari ni aku keja... yeay yeay... windunya ngan opis...ahax!

Kat opis macam biasa, pagi-pagi kena cek kelas. Lambat giler masa berlalu hari ni. Asyik-asyik tengok jam kat dinding. Aku dah mula tak selesa. Batuk dan hidung berair diiringi simptom yang biasa aku hadapi, muntah. Hohhhh! Tapi puasa tetap puasa okay...

Sekarang ni hati berbolak balik, nak tidur rumah kakak atau rehat saja di rumah? Aku dah mula rindu ngan Emad... aiyoooo... Emad dah besar... dah boleh ajak main, dah boleh ajak sembang, dah tak nangis kalau kena mandikan... eiiii... dan yang pasti, tak lama lagi AEmad akan dapat kawan baru a.k.a sepupu baru. Kakak Ipar dah mula menunjukkan simptom2 nak bersalin awal...hehehe.

okay...aku g umah kakak lah... tapi kena pakai mask. hehhhh... mesti Emad pelik nape auntie nann pakai mask... mesti Emad musykil nape auntie nann taknak pegang Emad, taknak usik2 Emad. Takpe, ni untuk kebaikan Emad gak kan....hehhhh

Okay... aku g umah kakak jugak, malam ni dah janji nak bawa mama dan bapa shopping kat jusco.

Okay...aku gerak sekarang... assalamualaikum.