Smlm masa aku tide sangat. Pagi morning dah kene bangun sebab nak attend VRC atau nama penuhnya Volunteer Recognition Ceremony anjuran Yayasan Salam, sedar tak sedar, dah lebih setahun aku join Salam, dah pelbagai aktiviti dan program yang aku hadiri. Dan VRC dibuat bagi menghargai masa dan tenaga yang telah dikorbankan oleh sukarelawan-sukarelawan Salam. Baik yang sepenuh masa ataupun separuh masa. AKu akan bercerita lebih lanjut pasal Salam di rencana seterusnya kerana dalam ruangan kali ini aku ingin bercerita tentang apa yang terjadi sepanjang hari ahad semalam.
Seusai Majlis VRC, aku bergegas menukar baju. Dari pakaian formal kepada pakaian yang lebih kasual dan santai. Daripada baju kurung hijau, aku menukar kepada T-Shirt hijau dan Jeans hitam. Tudung saja yang tidak berubah. Dari Hotel Singgahsana, aku beralih arah menuju Sunway Pyramid. Petang ni sudah diatur pertemuan dengan bekas teman serumah semasa aku belajar di Kolej Lagenda dulu.
Sesampai di Sunway, aku terus menuju Food Court Jusco, lokasi yang telah ditetapkan lia untuk perjumpaan kali ini. Perasaan berdebar tetap wujud. Macamana lah reaksi masing-masing setelah hampir 10 tahun tidak bertemu. Saatnya tiba jua, biarpun kekok pada awalnya, maklum saja, 10 tahun berpisah, ema dan yati sudah bertukar status, dari remaja belasan tahun, kini menjadi isteri dan ibu kepada seorang anak. Lia pula masih mengekalkan hubungan cintanya dari 5 tahun lepas. Pertemuan kali ini cukup bermakna biar hanya dihadiri 4 orang sahaja. Sulia dan Raihan terus menghilang, begitu juga dengan azrina. Sai pula jauh di Semanggol, baru sahaja kehilangan cintanya, Miza mungkin masih di Kuala Kangsar manakala Zawiyah sibuk menguruskan perniagaan di Pulau Pinang. Azam baru dimeterai, semoga persahabatan yang terjalin akan terus mekar sampai bila-bila.
Keluar dari Sunway, keretaku terus menghala ke Mydin USJ. Rupanya aku tersilap perkiraan saat memberi kerongsang untuk mama sempena majlis perkahwinan Kakak. Selesai memberi kerongsang, aku terus balik ke rumah. Mandi dan bersihkan diri kerana aku ada temujanji pula malam ini...hehehe...will continue later
No comments:
Post a Comment