06 February 2008

Bidan Terjun...

Bidan terjun tu ape sebenarnya?...hmmmm...

Bidan terjun tu merupakan bidalan untuk mengungkapkan perihal seseorang yang dengan secara tidak sengaja terjebak ke dalam sesuatu permasalahan dimana dia harus menyelesaikan masalah tersebut...

Begitu jua aku... dua minggu lepas aku terpaksa menggantikan Kak Maria untuk menjadi penyanyi dalam kumpulan Deria semasa mereka membuat persembahan dalam Majlis Resepsi Perkahwinan anak En Zubir, Pengarah JTK. "Aku menyanyi bukan kerna nama"...ehehe...tapi begitulah hakikatnya. Dengan hanya dua kali latihan di bilik Training bawah, serta tidur yang asyik terganggu sejak seminggu, aku cekalkan hati dan tebalkan muka menyanyi di majlis yang turut mengundang Dato' Seri Dr Fong Chan Onn, Menteri Sumber Manusia. 3 jam mengharungi getir dan kaku menyanyi di khalayak ramai, aku dapat juga wang saku sebanyak RM150...sape nak kasik bebb... bidan terjun pun bidan terjun lah... :d

Tak terputus di situ, Bad pula meminta aku membuatkan puding untuk majlis pertunangannya. Aduhai, mana pula aku nak cari bekas puding? satu hal lagi untuk menghiasnya? Mujur ada seorang sahabat yang memberi tunjuk ajar. Sekurang-kurangnya percubaan kali ke-2 berjaya.hehehe... bidan betulll...

Sehari selepas Majlis Tunang Bad & Iwan, aku pergi ke Batu Pahat untuk menghadiri Majlis Perkahwinan sepupuku, Nung Mit di Bagan. Kiranya kehadiran ku disana sebagai wakil-wakil pengantin perempuan. Sekali lagi dengan diri yang tidak bersedia fizikal dan mental, aku terpaksa menjadi pengapit pengantin perempuan..aduhai.... hanya kerana baju kurung yang aku pakai sesuai dengan baju pengapit lelaki.

hmmm, pengalaman yang bermakna namun bersyukur sebab berjaya menghadapi tika dan saat menghadapinya. dan jadilah aku si bidan terjun yang gelabah...hahaha

No comments: