Saya punya impian, melawat seberapa banyak tempat di dunia sepanjang hidup saya. Tak kisah dimana-mana kerana setiap tempat yang dilawati pasti berbeza cerita dan citarasa.
Bagaimanapun impian tersebut selalu berada diluar jangkauan minda. Kos perjalanan perkara utama, keselamatan juga perlu diambil kira. Tapi dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...Biasanya kalau ingin bepergian, saya akan melayari laman-laman web yang memberi tips berguna seperti tempat menarik untuk dilawati, perkara wajib buat, tempat tinggal, makan dan macam-macam lagi. Saya juga suka melihat review dari pengunjung-pengunjung terdahulu untuk mendapat lebih info.
itu impian perjalanan.ada banyak lagi impian-impian lain. Sebelum ini, kisah perjalanan saya terbatas, kali ini saya akan usahakan berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan untuk dijadikan rujukan sendiri dan juga orang lain.kengkonon azam baru lah...
by the way... Happy New Year 2013...ops, baru perasan, saya biarkan blog saya kosong hampir dua tahun. banyak cerita ingin dikongsikan tapi tak berkesempatan. I wont promised but I try...
No comments:
Post a Comment