25 May 2007
Apendices... a toughest journey....
2 April, Hari pertama berkerja setelah hampir seminggu cuti. Banyak perkara perlu diselesaikan sebelum kembali bercuti kerana tamat kontrak. Sakit perut yang dialami semakin kerap. Petang itu, aku ke klinik Syifa' untuk rawatan. Musykil juga kalau-kalau keracunan makanan. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat sakit perut dengan pesanan sekiranya sakit tidak berkurang, aku kena datang balik untuk pemeriksaan selanjutnya.
3 April, sakit masih berlarutan namun sepanjang hari aku masih mampu bertahan menyiapkan segala kerja. Sementelah kami mengejar masa untuk pendaftaran awal COSH. Selesai waktu pejabat, aku terus ke klinik. Kali ini doktor mengesyaki aku mengidap apendiks namun aku harus dirujuk kepada doktor pakar untuk rawatan lebih lanjut. Doktor memberkalkan aku dengan beberapa jenis ubat disamping surat rujukan Doktor pakar. Tapi betulke?
4 April, sakit semakin berkurangan dan aku beranggapan telahan doktor bahawa aku mengidap apendic salah belaka. Mungkin angin gastrik yang menyebabkan aku sakit. Namun, aku tetap bersedia dengan surat jaminan pejabat. manalah tahu jika tiba-tiba tengah malam aku betul-betul kesakitan dan memerlukan rawatan.
Malam tu, aku merasa sakit yang amat sangat. Dah takut sebenarnya.... betul ke aku kene apendics?
5 April, dek kesakitan semalam, aku mengambil keputusan untuk tidak kepejabat hari ini sebaliknya pergi ke KPMC untuk berjumpa doktor pakar. Sebelum pergi aku sempat minum bubur nasi bersusu kerana hanya makanan tu yang aku mampu makan.
Doktor Hassan, Pakar Bedah Am KPMC mengesahkan apendic aku telah pecah dan aku harus dibedah pada petang hari yang sama... i'm shocked!
Dua jam lagi sebelum pembedahan, aku sempat mengambil gambar untuk pasport, plannya minggu depan aku akan terbang ke Medan. Sempat juga balik ke rumah dan ambil barang keperluan sepanjang aku dirawat dalam wad.
Pukul 3 petang, aku di hantar ke bilik pembedahan, sebelum tu sempat juga call office dan mak mengkhabarkan aku akan dibedah. Namun tiada siapa yang percaya... me either...
3 Jam dalam bilik pembedahan, pukul 7.30ptg aku keluar dari bilik pembedahan dan dihantar ke wad.
04 May 2007
Home Sweet Home - Wedding Milah
Hari ni, di cuti sempena Hari Pekerja dan Hari Wesak, aku cuba menyiapkan sekurang-kurang seperenggan catitan dari Mac hingga April... hmmm... lama nau kirenye yer....
28 Mac 2007, pagi tu aku bangun agak lewat tapi sempat bersiap untuk menghantar mama ke sekolah. Kemudian, ku usung Maya ke Pasar Filipin untuk memborong mutiara....erk... memborong ke? sempat juga kami ke Wisma Sedco a.k.a Plaza Wawasan untuk bertemu Kak Teh (Sepupu Maya) dan sekadar window shopping bila mama call untuk mengambil dia di sekolah...alahai... Kami kembali ke Plaza Wawasan selepas mengambil mama, ada barang yang ingin mama beli. Dikesempatan ini, Maya sempat juga membelek kiosk-kiosk yang ada di sana dan membeli sebuah jam yang cantik... semua orang pun puji what... on the way balik ke rumah, kami sempat singgah di pasar Sabindo dan membeli tiram segar...pergh...sedapnya
Malamnya, kami pergi ke rumah pengantin (Milah) di Kg Takis, Papar... disini, kesibukan kenduri kahwin biasanya bermula sebulan lebih awal dan dalam masa seminggu, rumah pengantin akan sentiasa dikunjungi sanak saudara dan jiran tetangga. Pengalaman baru buat Maya, sempat juga kami mengisi gula-gula ke dalam bekas untuk cenderahati tetamu yang akan datang pada hari Persandingan. Kesian dengan Maya sebab belum pun lepas lelah siang tadi, malam pula kene berjaga membantu mana yang patut.... hahaha! kene dera lah kiranya...
29 Mac 2007, agak lewat kami ke rumah Milah, ini disebabkan bangun lewat dan penat... tapi memikirkan ada banyak kerja yang harus diselesaikan, sebelum tengahari, aku dan maya sudah berada dirumah Milah. Hari ini menolong merias bilik pengantin apa-adanya. Petang sedikit, bila mama sudah sampai, aku dan Maya mengundur diri untuk pergi ke KK. Sempat kuheret adik Milah, Adi. Dalam pada itu, aku mula merasa tidak sedap perut.
Sekali lagi, aku, Maya dan Adi pergi ke Pasar Filipin, kali ni tujuannnya lebih jelas sebab sudah tahu apa yang ingin dibeli. Usai membeli mutiara dan baju T, kami beralih ke kawasan hasil Laut yang sudah dikeringkan atau diproses. Aku sempat membeli udang kering, ikan bilis, ikan kering rangup dan sotong kering. Manakala Maya tetap tidak lupa menbeli Amplang...sejenis keropok ikan yang cukup popular di Sabah.
Selepas itu, aku menghantar Maya ke rumah Kak Teh di Taman Seri Kepayan... jenuh jugak mencari rumah Kak teh, Alhamdulillah, berkat pusing-pusing dan tanya orang keliling, akhirnya berjumpa juga.(Aku bukan familiar pun area Kepayan). Selepas menghantar Maya, aku dan Adi bergegas pulang ke Papar.
30 Mac 2007, hari Jumaat. aku ke rumah Milah awal pagi. Sesampainya disana aku mengemaskan ruang tamu, membersihkan mana yang patut dan menolong orang di balai(tempat khas untuk penyediaan masakan di belakang rumah) untuk mengupas bawang. Hari ini, semakin ramai orang yang datang. Biasanya masa-masa sebeginilah untuk kami sanak-saudara saling kenal-mengenal dan beramah mesra antara satu sama lain. Sakit perut masih berterusan, namun alhamdulillah ia tidak menggangu aktiviti yang aku lakukan.(gambar pelamin dan aktiviti di balai)
Malamnya pula, aku mengambil Maya di rumah Kak Teh. Maya agak sihat hari ini, sementelah dia sudah agak biasa dengan persekitaran keluarga aku. Jadi ku ambil kesempatan untuk menolong orang yang memasak didapur pada dinihari. Pukul 4 pagi baru balik rumah sehhh... kesian gak kat Maya tapi ape boleh buat.(gambar aku goreng terung)
31 Mac 2007, mungkin dek keletihan dan tidur yang agak lewat, kutinggalkan Maya di rumah sementara aku dan Mama pergi ke rumah Milah untuk acara Mendadih. Nampak gayanya maya terlepas peluang melihat sendiri upacara ini. Dalam pukul 11, aku kembali ke rumah untuk mengambil Maya dan adik-adikku. Pelamin sudah disiapkan dari Khamis lalu, begitu juga dengan bilik pengantin. Petang itu pula, adalah acara membungkus Kelupis dan memasukkannya ke dalam bekas untuk diberikan pada tetamu pada malam berinai malam ini.
Setelah selesai kerja-kerja pembungkusan, aku mengajak Maya balik ke rumah (meminjam Kereta Babu Minah) sebab mama dah balik awal menunggu rombongan pengantin lelaki yang akan bermalam di rumah malam ini. Sesampainya di rumah, agak ramai muka-muka yang aku kenali zaman sekolah rendah dulu, semuanya adalah sanak-saudara sebelah pengantin lelaki. Tak sangka, jodoh Milah orang Labuan juga bah.... kwang kwang kwang
Malam itu, kami sampi di rumah pengantin agak lewat,malang juga sebab tak sempat merasa makan malam di rumah tersebut. Sekali lagi ku heret Maya ke Pasar Malam Sabtu di Tapak Pasar Tamu untuk membeli juadah makan malam. Dengan perut yang berkeroncong, aroma Sayap Ayam dan Martabak Jawa menggamit kami berdua. Satu masalah timbul, nak makan kat mana semua makanan yang dibeli? akhirnya rumah Nenek yang bersebelahan dengan rumah Milah menjadi tempat singgah untuk makan malam. (13 ketul kepak Ayam dan 3 keping Martabak Jawa)... Fullamak... mengketedarah abih gamaknya. tapi jangan risau, ada beberapa ketul lagi baki sayap ayam dan martabak jawa yang dihabiskan oleh Azmin dan Uni(My dearie cousin).
pukul 9 Malam, majlis berinai bermula setelah didahului dengan upacara berzanji oleh orang-orang kampung. Majlis ini agak berbeza kerana pengantin lelaki turut ada dalam upacara ini memandangkan beliau datang dari jauh(Labuan). Seusai majlis berinai dan sekembalinya pengantin lelaki ke rumah. Kami memulakan upacara 'membedak' dan 'memacar' Milah. Selesai semua perkara, aku balik ke rumah.
1 April 2007, Hari persandingan Milah dan Suami, Azmi. hari ini, aku diberi kepercayaan untuk menjadi pengapit pengantin. Ramai orang yang datang, sanak saudara dari jauh dan dekat, sahabat handai dan jiran tetangga memeriahkan majlis. kak Teh sepupu Maya pun turut hadir, rupa-rupanya Kak Teh adalah kawan kepada babu Zuraidah masa belajar di Medan dulu. Kecik sangat lah dunia ni. Di sudut depan rumah disebelah kanan pula terlekat set Karaoke beserta DJ nya sekali bagi menghiburkan tetamu yang datang. Pengantin lelaki datang menghampiri jam 1 petang. Sempat juga Maya melihat sendiri bagaimana Majlis Perkahwinan di Papar sebelum balik mengikut Kak Teh. Kami cuma akan berjumpa pada malam ini di Terminal 2, KKIA.
Selesai sudah majlis perkahwinan Milah dan Azmi,masing-masing mula merasa kepenatan setelah sekian lama memerah tenaga dan keringat bagi memastikan majlis berjalan lancar. Ada juga yang terus menempek depan TV melihat Konsert ke-3 Akademi Fantasia. Tidak kurang juga yang tertidur.
Pukul 5 petang, aku bersiap untuk balik ke rumah bagi mengemaskan barang-barang yang akan dibawa pulang. Lebih kurang jam 6.30 petang, mama dan bapa menghantar aku ke Terminal 2, KK Internation Airport. Berat rasa hati untuk berangkat meninggalkan mana dan bapa, serta sanak saudara di Sabah namun ku tabahkan hati melangkah pergi....cheh...ala-ala jiwang la pulak.
Pukul 8.30, aku dan Maya sudah siap daftar masuk, menunggu sejam lagi untuk terbang. Sempat juga bersembang dengan kak Teh. Selepas Kak Teh balik, aku mengajak Maya untuk makan kerana lapar dan sakit perut.
9.25 Malam, kami sudah berada di perut Pesawat Air Asia pulang ke Kuala Lumpur. Selamat tinggal Sabah... tunggu aku akan datang lagi... i'm gonna miss u...
11.45 malam, kami selamat mendarat di LCCT. Selepas mengambil Bagasi, kami menunggu Linda dan Ct yang sudah dalam perjalanan untuk mengambil kami.
Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 1 pagi. Selepas membersihkan diri dan menyediakan baju untuk di pakai keesokan ahrinya, pukul 2.30 aku sudah melelapkan mata.... zzzZZZZZZ... berakhirlah coretan untuk perjalanan kali ini.