31 January 2009

Dari KL ke Sabah ke Kedah ke Phuket : Edisi Bergambar

Appreciation Dinner @ KL Tower


Misi cari calon suami @ Sabah



Misi menjejak tulang rusuk 1


Misi menjejak tulang rusuk 2


29 January 2009

Dari KL ke Sabah ke Kedah ke Phuket

Appreciation Dinner @ KL Tower

10 Januari, sepatutnya ada Salam's VRC, tapi cancel...huhu sedey mak, tapi takpe, sebab malamnya aku attend Makan Malam bersama AJK2 Dinner 2008... makan di awan biru... makan sampai biru erkz... tak sedar diri esok pagi kena bangun awal2 sebab flight ke labuan pukul 7.30 pagi...adeshhhhhh!

--------------------------------------------------------------------------

Misi cari calon suami @ Sabah

11 Januari, pagi morning, ku bergegas ke Seri Kembangan, kemudian bergegas ke LCCT, terlewat bangun langsung berkejar kesana kemari, dalam hati berdoa, janganlah aku pengsan lalu meninggal dunia ditengah kesesakan LCCT di pagi hari. Seperti kisahnya Arwah Hani Mohsin suatu ketika dulu... hilang seorang lagi lelaki pojaan hatiku...sentapppp

Alhamdulillah, aku selamat tiba di Lapangan Terbang Labuan. Perjalanan yang agak membosankan sebab kena fly sorang2...huhhhh! bilelah masa nak jenjalan dengan sidia? gulp!... dari sana, aku naik feri ke Menumbok yang kemudiannya menempuh perjalanan hampir 3 jam ke Papar. takpe2 ... janji hepi. ye dak? (baca: korang tak tau aku dah beli berbondong-bondong majalah dan buku untuk perjalanan sejauh ini).

Kat Papar, aku jadi perempuan melayu terakhir, tolong2 mama, tolong2 bapa , tolong2 amin... ada macam-macam jenis pertolongan... ngehehehee...

ku pergi rumah nenek, memang tu misi aku selain misi mencari suami... ahax! Rumah nenek sepi - sunyi - kosong... itu ungkapan terbaik bagi mengilustrasi rumah tinggalan arwah nenek...

Lantas aku cepat2 pendamkan duka, ku cuba ceria biar tawaku hanya pura-pura (baca :wah-wah ayat kuntum).. seboleh-bolehnya aku nak stabilkan emosi. tak nak lah emo-emo nih.

sepanjang di sabah, sempat tolong mama sediakan makanan sempena Majlis Sukan Sekolah Rendah, sempat usya cekgu2 yang kurasa agak poyos...uhhhh...skema je ku tingukkk... then, sempat bawak bapa pegi buat rawatan kaki, sempat tolong kusutkan pikiran adi, kezen aku yang nak kawen bulan 3 nanti, sempat gaduh ngan amin, sempat sentapkan babu memon...wah! burok bebenor perangai aku yerrr... tapi aku hepi!

sabtu malam, majlis tahlil 40hari arwah nenek. Ku jumpa ramai saudara mara, sempat merisik teruna-teruna tapi semuapun anak ikan belaka...langsung ku tak teruja...kwang kwang kwang... gilo ape aku nih...

esoknya aku bawak sepupu2 kecik pegi berjimba tepi pantai Bundusan... angin maha kuat, bukan lagi sepoi-sepoi bahasa tapi angin menampar-nampar muka... nak mandi laut? uhhhhh, ku tak berani menanggung risiko. Tapi sempat jugak berendam seminit dua... buat istana pasir ...berangan etc etc...

sempat juga menziarah nenek Damit di Melugus. Satu-satunya adik beradik arwah nenek yang masih hidup.

Isnin, aku balik labuan, dekat Jeti Menumbok, tengok Kastam dan pihak penguasa memunggah beribu botol arak dan rokok yang telah diseludup dari Labuan. Tau-tau ajelah nak menyambut tahun baru cina nih... Yang sedihnya antara yang tertangkap adalah warga tempatan islam.. apekejadahnya orang islam seludup arak? memang haram jadah lah...

kat labuan, aku punya misi membersihkan rumah Tg Kubong. Habuk ya Allah... tebal seinci... cane bapa boleh tidur kat umah nih? patutlah selalu tak sihat...ish ish ish.... bapak bapak... dari ruang tamu, hingga bilik tidur sampailah kedapur habis kubersihkan... Siap mop lagi. Bila bapa naik umah, balik dari kebun, terkesima melihat berserinya rumah kami... haaaa... anak sape lah ni yeee...ade sape2 berkenan ke? aku nih rajin tau...rajin bercerita....uwekkkkkkk...

Malam, bapa anta aku ke epot, flight delay sejam maknanya tengah malam baru sampai KL dan hampir pukul 2pagi baru sampai rumah kat Bangi. Lalu kucampakkan beg, kubuka baju dan ku mandi... oh! aku tak mandi bogel ye kawan2... sebab aku mandi pakai kain batik... memang sengaja nak basahkan kain batik tu sebab nak rendam...lalalalalala... huhhhh! aku dah meleweh2 dah nih...

selasa pagi, bangun macam biasa, pegi keje... tapi mood bekerja hilang entah kemana. Penat sangat kot... kat ofis, emel yang diterima semua bercerita trip ke Phuket...lagilah aku melayang entah kemana-mana... huhhh! nampak gayanya misi mencari suami @ Sabah tak berjaya, aku harus plan misi baru... Misi menjejak tulang rusuk pulak...ahax

--------------------------------------------------------------------------

Misi menjejak tulang rusuk 1
(Misi yang aku ditinggalkan keretapi, misi yang aku demam dan demam dan demam lagi, misi yang aku mula sedar aku sudah lama bersedih sebelum ini, misi yang membuka hati aku menerima semuanya dengan redha)

Jumaat, 23 Januari, misi yang terakhir kurasa untuk bulan pertama 2009 ini. Plan asal hanya ke Alor Star, menziarah pakcik dan makcik yang kami kenali semasa program di Kemboja tahun lepas. Tapi kerana keterujaan untuk berjimba dengan duit yang sejemput cuma, kami bersetuju untuk melangkau border ke negara jiran... menyambut Tahun Baru Cina di Phuket.

Kuringkaskan cerita, perjalanan bermula dari aku punch out pejabat pukul 6.00petang. Zillion thanx to kak Syihan sebab anto aku ke stesen Komuter UKM yang sungguh ramai umat dan meninggalkan Imran di perkarangan pejabat selama ketiadaan aku. Agak mencabar dugaanku kali ini, dengan sengugut dan selsema, pastu 3 kali percubaan masuk ke lokomotif moden terbantut kerana aku sangat baik hati memberi laluan kepada mereka2 yang berasak-asak sehingga ada yang jatuh tergelincir di depan pintu komuter...apekesssssss... takde kesedaran sivik langsung.

Kulihat jam sudah menunjuk angka 7.15petang... ini tak boleh jadi, aku kena buat hati kering lepas nih. Mujur, di saat jam menunjuk angkat 7.30, kulihat cahaya lampu nun jauh dihujung landasan, dan yesss...akhirnya aku berjaya.

Walaupun aku berjaya menaiki komuter yang ke-4 tu, aku tetap tak lepas untuk sampai ke Stesen KL Sentral sebelum pukul 8. Sudahnya, ketika aku berada di Hentian Midvalley, Aniza call mengatakan mereka sudah selamat bertolak... wah wah wah! maknanya aku ditinggalkan keretapi lah...

tapi aku tak cuak, aku tak panik, alhamdullillah, mungkin aku biasa pergi ke utara semenanjung Malaysia. kesana seorang bukan benda yang merunsingkan diri. Sesampainya di KL Sentral, aku terus beli tiket LRT ke Pasar Seni. Hajat dihati nak cuba nasib dapatkan tiket bas ke Utara malam itu dari stesen pudu waima dari hentian duta.

Belumpun sempat memasuki ruang udara LRT, Rejab call, alhamdulillah, nampaknya perjalananku dipermudahkan. Malam itu aku menumpang Rejab ke Kedah. Berbanding menaiki tren, perjalananku agak jauh, kami singgah di Sungai Petani, kemudian ke Jitra seterusnya patah balik ke Alor Star. Aku sempat singgah di hadapan Istana Anak Bukit yang disebelahnya adalah rumah Ummi.

Pukul 7.30pagi, usai mandi dan berhias diri, aku, rejab, mak hawa dan mak de ke Stesen Keretapi mengambil grup yang meninggalkan aku...ehehehe...cam drama plak...pastu kitaorang sarapan kat umah Ummi, lepak2, sembang2, baring2, lepastu pegi Menara Alor Star sebelum meneruskan perjalanan ke Hadyai...

--------------------------------------------------------------------------

Misi menjejak tulang rusuk 2

24 Januari, 2.00petang, pasukan 'sukaberkawan' Salam telah selamat bertolak dari Menara Alor Star, Kedah menuju Hadyai. Pejalanan selama lebih kurang 2 jam agak selesa biarpun kami dihiburkan dengan iklan2 panas dari VCD kepunyaan pemandu van...huhhhhh...

Sesampai di Hadyai, kami terus mendapatkan bas ke Phuket, ada banyak jenis bas, dan ada pelbagai harga. Sungguh musykil aku dengan mereka nih. nama pun bisness, ye dakkk... kami berjaya mendapatkan bas ke Phuket dengan harga RM26.70 seorang. Oklah kannnn... kata nak bajet2 je.

Perjalanan hadyai-Phuket memakan masa lebih kurang 8 jam dengan berhenti berkali-kali sebab nak pick up orang dan juga perhentian untuk melonggar-longgarkan otot yang tegang, membuang sisa kumbahan serta mengisi semula kekosongan perut...wakakakakaa...

aku? oleh kerana semalaman tak tidur, dan selepas memakan ubat, aku terus tidur dengan lena walaupun bas bergerak laju yang amat dijalan yang lebih kurang sama dengan bukit putus. Thanx to fait sebab kasi can aku tidur baring kat kosi blakang dan minta maaf semua sebab dengkuran aku yang sama frekuensi dengan deruman bas..hehehe

Kami sampai di Phuket hampir tengah malam. Phuket Town sangat sunyi... aku sangat tidak percaya... kemudian, setelah puas bargain tambang teksi ke Lamai Guesthouse, kami pun bersetuju untuk membayar 600 baht satu kereta untuk perjalanan lebih kurang 15KM menempuh bukit yang sangat tinggi yang dibawahnya berlimpahan dengan cahaya lampu...

baru ku tahu, Phuket town memang takde ape2.. yang happening cuma di area beach... alaaa... tempat yang kena tsunami tu laaaaa... Penginapan kami agak selesa. Bilik besar, fasiliti mencukupi, kondom pun ada...wakakakakaaaaa! nak buat macamana... that's siam... Malam tu aku tidur dengan sangat nyenyaknya hinggakan aku conquer selimut sorang-sorang pun tak sedar. Kesian kat Zehan... ampunnnnn!

25 Januari, pagi morning, selepas mandi dan menyegarkan diri, dengan menaiki skuter Nouvo yang di sewa 200thb sehari, kami berpusing mengelilingi Pantai Patong. Biru mata aku tengok air laut yang membiru...huhhh!

Makanan halal agak mudah didapati di sini. Biarpun agak mahal tapi cukuplah sekadar mengalas perut. Mujur jugak Sarah bawak gas Stove dan Aniza menyumbang ration makanan... merasalah makan megi di negeri orang...hahaha

Kami berjaya mendapatkan pakej Tour Phi-Phi Island dengan hanya thb800 seorang berbanding thb2800... murah-murah... Jadi, hari ni program free & easy, shopping2, jalan2 cuci mata, mandi pantai dan esok pula program melagho ke pulau2. Oh ya, kami tak sempat pun nak pegi Phuket Fantasea...tak pa, kalau orang cakap tu satu kemestian, maknanya len kali kena pi lagi...

26 Januari, setelah check out, kami menaiki van menuju Asia Marina untuk memulakan perjalanan ke Phi-phi Island. Scenery memang cantek tak hengat, sungguh mendamaikan. Misi nak mencari tulang rusuk terbantut sebab aku alpa dengan indahnya ciptaan tuhan... eh eh, tulang rusuk pun ciptaan ilahi jugak ye dak? ngeheheee...

Bak kata shuk, biarpun coral tak cantek, tapi layanan yang kitaorang dapat dari service tour kali nih memang besh, makanan mabeles dan aku puas berenang2. Baru kusedar dimana hilang senyum riaku.... rupa-rupanya aku telah lama menyimpannya untuk percutian kali ini...la la la la la la....

Cukup sehari mengelilingi pulau, kami balik ke Asia Marina, setelah selesai mandi dan bersiap di Masjid Yameen... kami menaiki bas untuk balik ke Hadyai malam itu juga.

Kami selamat tiba di Alor Star pada pukul 8.00 pagi... dengan tak mandi, kami bersarapan dan kemudian bersama-sama menuju Pekan rabu. Sempat ku beli dodol sebagai buah tangan nanti.

Aku, shuk dan Fait berpisah dengan yang lainnya kerana ingin pulang lebih awal.Minta maaf abah, minta maaf ummi, minta maaf pakcik dan makcik yang lainnya kerana tak dapat bersua muka. Di Butterworth, Leha amik kitaorang dan kami terus balik ke KL.

Aku sampai umah almost 10pm, penat tak hengat, lepas menyegarkan badan aku langsung tertidur tanpa sedar yang aku harus mengambil sarah dan kawan yang lain dari hentian duta... pada korang ku pohon maaf.

Apepun, aku nak cakap, misi mencari tulang rusuk kali ni tak berjaya pada hakikatnya tapi aku berjaya mencari diri aku yang hilang dulu... thanx semua... thanx pada kenangan ini...

ops...picca dan budget akan di update setelah aku menerima semua gambar2 dan penyata kewangan dari jurufoto/jurukira yang dibawa khas ie Zehan, Sam, kareem, Alisah, Aniza, Zam, Sarah, Shuk, Fait, Tim, Jaja, Ina, Elly dan Fiza... (yeahhh... all 15 of us)..tunggu...

28 January 2009

Feeling unwell and tired

Juz arrive from my vacation... so many to tell... so many to share... but im feeling unwell today...

hmmm... tak sabar nak citer pasal Sabah, Kedah, Phuket...

23 January 2009

Backpack ke Phuket

Im goin to Phuket 2mrow. malam ni naik tren ke Alor Star. Esok ada program dengan YB Menteri di Menara Alor Star. Petang naik van ke Hadyai dan terus ke Phuket.

Doakan ku selamat pergi dan selamat kembali...

Update Sabah, Kedah dan Phuket akan menyusul sekembaliku nanti...tunggu dehhh...

22 January 2009

Muncik!!!


tu laaaaa....

gatal sangat nak tukar template layout...
kan dah hampeh layout aku sekarang, semua gambar2 + gadget yang aku bubuh dulu ilang macam tu je... sudahnya kena buat semula...

eeiii... geramlah... spoil mood betullll

10 January 2009

Alah emak kawinkan aku...

Im going to be a real auntie very very soon. Last nite...Kakak told me that she was 7 week pregnant. What a suprise! oh yeah oh yeah! Nanti nak suh baby panggil aku ape ekkk? Panggil Mama Amit ok tak?

-----------------------------------------------------------

But then, I remember something. Dulu, masa kakak dan abang kawin, semua orang kecoh tanya bila pulak turn aku. Then dengan selamba aku cakap "kena tunggu salah seorang dari diorang pregnant, baru aku plan nak kawin sebab nak buat kenduri sekali ngan majlis cukur jambul cucu sulung"...

Mak! tolong! aku takde calon lagi, cane nak kawin nih? huwaaaa...

09 January 2009

Blog Puteri Lindungan Bulan

Wops! please dont get me wrong, tis is not about 'Novel Puteri Lindungan Bulan' nor even a Princess Old Stories, its about my feeling towards my fren's Blog

Dulu, dia berbicara dengan bulan a.k.a Encek Worley, kini, mungkin di tahun baru, (baca: azam baru la tueee) dia mula berbicara dengan Tengku Aizudin a.k.a Kudin. Ya... temanku kini berbicara dengan Kudin...

hahaha! aku tergelak dengan so called 'kekasih gelap' baru si Puteri nih...

But it was soooo nice Ell, please dont mad at me yaaa, atleast you show up something... ada jugak nak panggil2 nama manje nih... tapi aku?

urm, aku nak panggil sape ekkk? ntah...
patut sampai sekarang masih sendiri :(

08 January 2009

Selamatkan Palestin!


Yayasan Salam Malaysia : Public Bank Acc No: 3072 8793 02


Mercy Malaysia : CIMB Account No : 1424-000-6561053

Ayip demam, mak yati tak sedap badan




Semalam, aku g Rumah Solehah. Tiah dan Sarah pun ada disana. Ayip, anak kecil kesayangan Sarah demam. Terbaring lemah di sisi Sarah.

Mak Yati pulak tak sedap badan, khabarnya perut masuk angin.

Malam tu jugak kami bawa Ayip ke klinik. Lepas makan ubat, Ayip tidur. Cian Ayip...

07 January 2009

Hari ni 10 Muharram

Hari Asyura', hari yang umat Islam disunatkan berpuasa 10 Muharram dan membuat beberapa amal yang lainnya. Aku, dengan niat berkobar-kobar nak puasa dari semalam, pagi tadi bangun pukul 4, tertidur sekejap langsung terlajak. Sudahnya, aku menjadi tetap mengunjungi OSH Garden Cafe di tengahari. hehehe...

Tapi, nak gak buat something, so sekejap lagi, aku nak g Rumah Solehah, nak g usap kepala adik-adik RS. Plus, aku windu ngan mereka...

P/S : Aku taknak la usap2 kepala opismet yang dah jadi yatim piatu kat opis nih, mau diorang kata aku kuang ajo... hehehe...

Kisah Kerbau

Kerbau, dalam dialek aku di Sabah,mengikut suku Brunei dan Kedayan, it was pronounce Krabau...

Ari tu, semasa di Siem Riep, aku sempat melawat Angkor Wat, di satu lokasi bernama Ta Phrom, lokasi penggambaran Tomb Rider tu... aku terkejut dan tersenyum melihat sebuah pokok yang dipanggil Krabau

hehehe, ni bukan kisah kerbau yang bersalin, apetah lagi kerbau hilang... aku tak bela kerbau dan di kediaman aku pun takde kerbau. Kerbau pendek? apekahhhh

05 January 2009

Kisah kucing beranak dan aku yang masih sendiri

pagi tadi, turun dari rumah, aku musykil tengok sorang brader belek-belek Imran aku... dah la brader tu can do.... muahahaaaa... aku, walaupun musykil plus jalan laju berterabur macam tak cukup tanah, terus control ayu.

Aku tekan remote kete, takde bunyi pun... Imran memang senyap... brader tu tegur aku... "ada kucing bawah kete"... dalam hati aku menjawab 'laaaaa... brader ni concern pasal kucing rupanya...' , aku sengih je sambil buat-buat tengok bawah kete aku.

Brader tu cakap lagi "Kucing tu bersalin bawah kete awak"... aku sengih lagi...sambil buat-buat tengok bawah kete aku lagi... tetiba... "ape? kucing bersalin bawah kete? "... tu laaaa... control ayu punya pasal, aku jadi lambat nak register ape yang brader tu cakap.

Kucing oren tu ada 3 baby. Sumer sama warna ngan dia dan sume tengah menempek kat dia, minum susu kot...hehehe... aku lak cuak... kesian pun ada. buatnya tengah undur kete kucing tu bangun bawak lari anak dia...kan naya... tapi brader tu cakap dia akan tolong tengokkan... huhhhh... baik la brader tu...

Aku undur,selamat... kucing tu tak bergerak pun. Penat sangat kot. Pas ucap terima kasih kat brader tu aku terus pecut...sebenarnya aku dah lewat nak masuk ofis... huhuhu

tengah jalan baru teringat nak amik gambar kucing tadi , nak masuk dalam entry nih tapi... ah! lupakan saja. Ku sudah lambat pegi kerja

urmmmm... mesti Imran aku comfy. Suam-suam sejuk, gelap, secure, tu yang mak kucing suke dan terberanak bawah kete. It was an honor bila kucing bersalin bawah kete aku tau...
oh! adakah ini satu petanda aku bakal menamatkan zaman solo?
apekah... macam kelaut je. huhhhh

Bday Aqil, Bibi & Nisa

3 Jan, pegi Wangsa Maju. Ada jamuan keluarga sempena birthday Aqil 2 tahun.



4 Jan, beday sepupu Bibi dan Nisa. Beza umur diorang ni 20 tahun.
So that, Bibi sekarang 31 dan Nisa 11 tahun...

Happy birthday!

03 January 2009

malam ku bermimpi

aku mimpi dia... jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
dalam mimpi tu kami sangat mesra, berkongsi cerita, ketawa ria... oh! gembiranya aku...
.
.
.
.
.
tapi tu cuma mimpi...orang kata mimpi tu mainan tidur
.
.
.
.
.
pun begitu, bangun tadi aku ceria mengimbau mimpi yang pasti bukan realiti.
.
.
.
.
.
sekarang aku mengerti
sakitnya dipermainkan oleh mimpi :(
.
.
.
.
.
muncik!

02 January 2009

hari tidak bekerja 7

New year tak buat apa, plan kakak nak datang umah, makan-makan family. Then petang g umah nenek. Tu plan asal yerrrr...

Tapi, aku tertinggal kunci dalam rumah, penyudahnya kena tukar kunci baru sebab tombol lama sudah dipecahkan... sape lagi yang buat... jiran depan umah aku la...ahax. tq anyway!

Malam baru g umah nenek. Tido kat sana... tido yang tak berapa nak tido sebab panas. dah tu pagi tadi, nenek kejut aku pulak taknak bangun sebab sejuk bangettttt...tarik selimut lagi sedap...

pastu amik nenek kat Pekan Hulu Langat, pastu baru mandi...pastu sarapan, pastu jenjalan bawak Leha tengok kampung nenek. Pastu kitaorang bawak nenek jalan-jalan sampai Pangsun, sampai kaki Gunung Nuang.Patah balik singgah kat tepi sungai...

nyamannya... here some picca.



01 January 2009