08 September 2008

Hatiku berdebar

..:: Entah kenapa
dua tiga hari kebelakangan ini
hatiku sering berdebar-debar...
Kenapa ya?
aku menoleh ke belakang
masa lampauku
aku melihat ke depan
hari-hari mendatangku
namun debaran tak kunjung padam
semakin kuat
getaran jiwa dan rasa
menoktahkan setiap konsentrasi yang ada
nyata aku tewas
untuk menzahirkan biasa-biasa saja
kerana hati gundah gulana
debaran ini masih bersisa
dan aku tak pernah tahu apa puncanya... ::..

04 September 2008

LIMA vs Rumah Solehah dan pengajaran disebaliknya

Pagi tadi aku terjaga pukul 4.30 pagi. Sebenarnya aku dah setkan jam pukul 5 tapi entah kenapa awal pula aku terjaga... ni mesti kes suh aku langsaikan solat isya cepat-cepat...hehehe

Lepas tanak nasi kat Rice Cooker baru pemberian *** aku terus mandi... ops! jangan salah sangka ye, aku memang biasa mandi pagi dulu sebelum sembahyang. Sekurang-kurangnya aku yakin kat badan aku takde sisa air liur basi ke, taik idung ke, yucks! iyelaaa, kita tidur bukan sedar apa-apa, garu-garu kena gigit nyamuk lah, korek-korek lah... hahaha... betulkan? sapa yang geleng kepala tu memang penipu besar... dengan diri sendiri pun nak tipu... tak baik nokkkk...

Usai solat, aku pun sahur... menu : nasi + sambal tempe + kacang panjang rebus air ngan daging. Makan sambil tengok TV. Hehehe... Sambil makan, aku sms mama n Kakak, kemudian, aku bersihkan dapur, aku iron baju, dan sementara menunggu azan subuh, aku layan tengok cerita LIMA kat astro Ria.

Lima ni cerita pasal seorang isteri beranak 5 (Lakonan Irma Hasmee), suami masuk penjara sedangkan dia pula mengidap kanser (baca : tak logik sikit la, sebab rambut dia masih lebat walaupun selepas menjalani kemoterapi).Dek kerana kesempitan hidup dan masalah kesihatan, dia terpaksa menyerahkan 3 orang anaknya ke rumah anak yatim. Masa si Irma tu tinggalkan anak dia, anak dia berlari mendapatkan Irma sambil menangis dan menjerit-jerit panggil "ibu-ibu, jangan tinggalkan kami ibu"... dan dan tu jugak aku meleleh ayaq mata... Part ni memang berjurai-jurai air mata aku.

Tetiba teringat adik-adik Rumah Solehah... biarpun ada diantara mereka masih punya ibu disisi, cuba kalian bayangkan tatkala mereka terpaksa ditinggalkan disana sendirian. Ada juga ibu-ibu yang akhirnya pergi meninggalkan mereka terus dari dunia ni ... seperti Along, seperti Azirah... ada pula yang terpaksa diserahkan kepada orang lain seperti syuhadah. Bagaimana dengan Mamu, Ayip dan adik-adik yang lain? Hakikatnya mereka terlalu kecil untuk memahami situasi ini, waima kita yang sudah boleh berfikir panjang seakan ralat andai ini yang menimpa.

Masa ni la teringat zaman kocik-kocik dulu nakal yang amat tapi masih dalam limpahan kasih sayang dan perhatian dari kedua orang tua. Masih dalam lingkungan keluarga yang sempurna. Bertuah rupanya aku ni jika dibandingkan adik-adik RS, ingin aku kongsikan semua ini dengan mereka yang dambakan kasih sayang melebihi harta benda.

Moral value kat sini, hargailah apa yang kita ada selama mana pun ia bersama kita kerana Allah cukup mengerti dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya... nak aku bercerita tentang kisah kaktus pulak ke? uish... tu entri lain k...

03 September 2008

update blog

bulan puasa ni aku memang takde keje, jadi google-google and surfing-surfing blog orang... ada yang bikin aku ketawa terbahak-bahak, ada juga yang buat aku rasa sedih, simpati, ada juga yang bikin aku benci... mencik mak...

pastu aku pun mula la berangan nak mekap-mekap blog aku. Lama bebenor dia dalam mood suram, kali ni cam nak ubah mood kepada mood ceria a.k.a kuntum mewangi lalala... pinkish jadi theme sebab aku kan pompuan, erkz... ape kaitan pompuan ngan warna merah jambu? oh tidak!

aku pilih template ni sesuai ngan jiwa aku yang sekarang tengah berada di zon lemah lembut gemalai... zon yang memilih happy sebagai sebahagian dari kehidupan dan menerima segala macam dugaan dengan senyuman... wah! melankoliknya aku...

02 September 2008

1st Day Ramadhan 1429 Hijrah

Lepas Leha balik semalam, aku dah mula kecacing-panasan, lantas teringat Muha, kenalan istimewa yang aku kenali semasa kursus di Asiaworks awal bulan lepas. Istimewanya Muha kerana dia yang telah hilang deria penglihatan serta hilang upaya berdiri dek kerana serangan kanser otak, tetap tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa gentar. Pantas ku capai henpon disisi dan mula mencari nama Muha...

Seronok mendengar cerianya suara Muha... selepas bertanya khabar Muha menjemput aku berbuka puasa di rumahnya... Ok... aku terus memberi persetujuan tanpa berfikir panjang. Seperti biasa, kerana masih dalam kondisi teruja, sekali lagi aku membuat puding roti, kali ini untuk dibawa ke rumah Muha...

Pukul 7.25 petang, azan maghrib telah pun berkumandang semasa aku sampai di Kondominium Seri Kenari. Muha berbuka dengan menghisap rokok, "tak padan dengan sakit... nak kena babab ni"... kataku dalam hati... tapi Muha bukan budak kecil, dia sudah terlalu mengerti tentang hidup. Biarlah begitu andai itu membahagiakan dia.

Muha menyediakan ayam masak asam pedas berempah dan sayur kubis. Ditambah dengan puding roti, kuih lapis serta sirap bandung selasih. Lengkaplah menu berbuka kami. Alhamdulillah...

Usai makan, kami bersembang, bercerita tentang kehidupan, isu semasa, politik, ekonomi, keluarga, etc... semakin aku kenal Muha, semakin aku kagum padanya... duhai, dimanakah kekuatan yang dia perolehi sehingga mampu setegar ini... Oh ya, Muha juga seorang blogger.

Hari itu aku belajar beberapa perkara , cara-cara membuat kuih lapis.... ahax... aku turut belajar sesuatu tentang hidup... belajar melalui ketabahan seseorang. Ah, mudahnya aku menjadikan Muha suatu inspirasi... boleh kan Muha?...

Memantai atau momantai atau membantai atau memandai-mandai...

erk... tapi tu lah aktiviti aku dari sabtu dan ahad sebelum menerima kehadiran Ramadhan.

Kalau orang Negeri Sembilan, menggelar aktiviti ini sebagai MEMANTAI... aku yang berasal dari Negeri di Bawah Bayu pun turut sama terkena tempiasnya... oleh yang demikian, aku pun memandai-mandai bersuka ria di hari sabtu bersama penghuni Rumah Solehah... Birthday Bash & Merdeka Celebration... theme baju warna merah gitu, jadi sungguh meriah sebab hanya berapa kerat je pakai baju ikut tema...huhhhh! apepun memang happening party kali ni walaupun hanya dihadiri oleh beberapa orang sukarelawan Salam dan juga Sahabat Positive.

Owh! untuk itu, aku dengan berani berkongsi puding roti yang aku baru master membuatnya penghujung tahun lepas masa kat kampung. Sebenarnya aku yang dari dulu terliur nak makan puding roti ni tapi kalau buat untuk aku sorang, alamatnya tak habislah, jadi aku buat untuk adik-adik rumah solehah ni makan ramai-ramai... sedap nyahhh... (baca :lalalalala... aku puji diri sendiri)... dan aku bawak juga agar-agar cendol untuk adik-adik ni.

Balik dari Rumah Solehah, aktiviti diteruskan dengan bertemu kawan lama... so that malam tu kitaorang bantai makan steamboat. Pukul 10.30 malam baru sampai kat rumah dan mula memarinate ayam untuk program esok hari.

Ahad pagi morning, juju, Mani & fren dah nak sampai masa aku bukak mata, ape lagi, kelam kabut dibuatnya... mujur program pagi ni program mandi-manda jadi aku hanya perlu cuci muka dan berus gigi untuk kelihatan segar. Kami mengambil Sarah dan Fizah (baca : adiknya si sarah) di Kajang sebelum meneruskan perjalanan ke Sg Gabai.

Dekat pekan batu berapa tah kitaorang berenti beli nasi lemak, aku lak terliur nak makan roti canai, sudahnya jenuh pula menunggu roti siap..huhuhu... sampai kat Sg Gabai, keadaan masih lengang. Cepat-cepat kitaorang panjat tangga, konon nak chop tempat...separuh pendakian,Juju berhenti dan tersengih memandang kitaorang, "Alamak! arang tinggal dalam kereta lah...", nasib la kena turun balik and amik arang...kalau tak sia-sia je lah bawak ayam naik atas...

Sampai kat atas, satu lagi masalah timbul, takde mancis, takde lighter, makanya aku kena buat muka kakak-kakak pegi pinjam lighter kat adik-adik yang tengah pasang khemas sebelah port kitaorang. Dengan sekali percubaan, Juju berjaya memarakkah arang dan dengan keyakinan api takkan padam, dia suh aku pulangkan balik lighter tu... huhhh! tak sampai seminit, api padam dan dengan sengih manja juju mohon aku pinjam semula... waddah***! takpe2, aku tau aku lapar... hehehe

lepas makan dan selepas berpuas hati dengan hasil marinate ayam malam tadi, aku mula membasahkan diri...sejuk gile... tapi akukan makhluk berdarah panas, aku layan je...lama-lama dah biasa, siap boleh bertafakur dan mengusya orang lagi...erkzzz...

pukul 1.30petang, kami bersiap-siap untuk turun (baca : kami tu merujuk kepada aku, juju dan sarah sebab 3 orang yang lain dah turun awal). Dah siap tukar baju, kitaorang singgah minum kat cafe lui. Cafe ni cozzy jugak... best! nanti korang pegi laaaa...




3.30 petang, awal lagi nak balik, jadi kitaorang setuju nak main layang-layang kat bagan Lalang... wakakakakakaaa! ini memang kes momantai... sampai kat sana kitaorang rasa sedikit hampa... sungguh ramai hamba allah di sana, sesak!... angin pun takde, ada satu dua sahaja layang-layang di udara. Air laut tengah pasang... semuanya membunuh berahi kitaorang untuk berlari-lari di gigi air sambil menaikkan layang-layang...owh! anganku musnah begitu sahaja :(

Kami tidak menunggu lama di sana, ketika matahari ingin membenamkan wajahnya didasar laut, (baca : chewah ayat aku ni kelakar sungguh)... kitaorang beransur pulang, iyelaaaa...malam ni nak sembahyang terawih lagi... Kami berpisah disitu, Juju pulang dengan Mani dan kawanya, aku pula bersama Sarah dan Fiza bergerak balik ke Bangi melalui jalan lama.

Kami sempat singgah makan di Tasik Idaman. Kemudian, bergegas balik ke rumah memandangkan maghrib hampir tiba ke penghujungnya.

Sampai kat rumah, aku cepat-cepat mengemas rumah mana yang patut, malam ni Leha nak mai, tidur kat rumah. Usai semua aku langsung terbongkang atas sofa... baru terasa lelahnya seharian suntuk berjimba...

10.30 malam, Leha sampai, bersembang sepatah dua, aku mohon permisi merehatkan diri, penat gile siot... tapi aku sempat menyediakan Mee segera dan roti telur untuk dia... cukup baik bukan...hehehe..

genap pukul 12.30 malam, aku sudah lena dibuai mimpi yang agak kelaut... lalalalalala

29 August 2008

penangan nasi kandar

pang!!!

tu lah ibaratnya penangan nasi kandar kat Nilai ari ni.

1st, aku sesat barat kat Nilai, tak tau kat mana harus dituju untuk pergi ke lokasi nasi kandar tersebut. Dah waste 30 minit dalam kete.

2nd, dah sampai tapi terpaksa beratur panjang hampir satu jam semata-mata nak buat order... bapakkk ramai!... dua tiga kali aku nampak orang keluar dari restoran ni bawak berbondong-bondong nasi kandar bungkus... kenduri apeeeee!

3rd, bila dah nak sampai turn kitaorang, kakak yang jaga tu pun amik order, pastu dia suh duduk... aku agak cuak jugak bila dia dengan konfidennye suh kitaorang duduk tanpa bawa apa-apa...

4th, nasi dah sampai...yeay yeay...erks...tapi ada 3 je, kuah pun takde lagi... sabar-sabar...hati aku berkata... kak A & Kak B bangun nak g cuci tangan...
tetiba...

5th, aku terkedu seketika bila pelayan restoran tu angkat dua pinggan nasi kitaorang bawak ke meja lain... nasib baik tak jamah lagi nasi tu... musykil gak sebab orang yang duduk kat meja yang diorang hantar tu sampai kemudian dari kitaorang, cane diorang ble dapat dulu? cane lak makanan yang dah letak kat meja kitaorang boleh selamba je amik bubuh kat meja customer lain... nasib aku tak buat perangai ludah nasi tu... kalau tak confirm diorang muntah kat situ jugak... tu sabar lagi... tapi dah terasa bahang dah...

6th, nasi pun sampai untuk kali kedua, selamba aku tanya pelayan tu, "nasi ni tuk kitaorang ke atau u ols nak amik balik?", dan dengan selamba beruk juga pelayan tu cakap "orang tadi dah order dulu" sambil jeling kitaorang.... what the he**!!! aku sumpah dalam hati je ... babi betullll... hilang selera aku.

Sudahnya, kitaorang makan sambil komplen2 teknik melayan pelanggan diorang yang sungguh hampeh + buat comparison kedai diorang ngan Restoran Beriani Gam Anje kat seksyen 15 nunnn... jauh lebih efisyen... pastu Kak A lak cakap, kalau melayu memang macam ni... huhhhh!

aku seboleh-bolehnya taknak salahkan melayu dalam hal ni, tapi aku rasa dah banyak kali masalah-masalah sebegini dibuat oleh orang melayu... betul tak? amik kontraktor melayu nak renovate rumah, finishing biasanya tak sama dengan yang dikehendaki dalam plan terdahulu, buat tender cenderahati ngan melayu, janji hari ni, esok lusa baru dapat, buat tender printing pun sama, masa nak dapatkan tender, bersungguh kata boleh kejar deadline, at the end, dia yang mampos... hangpa ingat tak kes makmal komputer yang kerajaan kita sub kan pada kontraktor melayu dulu? apa jadi? banyak kes makmal tak siap, bertangguh, 'bankrupsi' atau 'kurapsi'...

apepun, nak cakap nih, nasi kandar tu memang sedap siot. aku rekemen je kalau korang nak cuba tapi timing kena betul... aku tak tau lah diorang bubuh ape dalam kuah kari tu... walaupun aku dah declare ngan juju tak nak g kedai tu jadi kalau teringin nak makan maknanya aku kena kirim ngan dia je laaa... hehehe... aci tak?

28 August 2008

27 August 2008

ku pilih DIA

yeay yeay! pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah sampai ke penamat. Semua orang pun tahu siapa yang menang dengan undi majoriti lebih 15 ribu... wah!

Seminggu sebelum tu, tiapkali aku melihat berita baik di TV1, TV2 (baca: tipulaaa...aku mana faham mandarin dan tamil), TV3, NTV7, TV9 dan sebagainya semua mencanangkan keterukan (baca : ada ke perkataan ni?) yang berlaku di sana dek kerana pemerintah yang dipilih dahulu tidak menjalankan apa-apa pembangunan, lantas tersiarlah keluhan-keluhan hati yang keciwa dan berlakulah proses kasihan mengasihani... etcetera etcetera...

aku disini? lidah kelu tak bisa berbicara... aku pun bukan minat sangat pasal politik ni...

melihat ini, aku tersenyum lebar :D


Walaubagaimanapun, aku tetap pilih DIA, Erkz.. bukan DSAI, bukan jua DASOS apatah lagi HM...aku pilih DIA laaa... eiii korang ni tak paham lagi la tueee... hehehe

cinta ini membunuhku

Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolak ku acuhkan diri ku

Bagaimana, caranya untuk,
meruntuhkan, kerasnya hati mu
Ku sadari, ku tak sempurna,
ku tak seperti, yang kau inginkan

Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
tak sadarkah kau telah menyakiti ku
Lelah hati ini meyakinkan mu,
cinta ini, membunuh ku

25 August 2008

suatu malam

last week, tengah sedap-sedap tidur, henpon aku ringing... tapi dah jenis aku malas nak angkat tepon bila kepala dah letak kat bantal so that aku bior je laaa...

1.30 am, tetiba rasa sejuk semacam... rasa mendesak je pundi kencing aku ni... nak tak nak kena lah bangun...kang tragedi 24 tahun lepas berulang kembali (baca : mimpi berenang tapi rupanya kencing atas tilam)... pastu sempat belek henpon, ada 3 miscall.

Satu dari DIA, dua dari DIA dan tiga dari DIA (baca : bukan nama sebenar)

aku pun pilih la nak call DIA yang kedua sebab DIA ni cam sikit special laaaa...

Aku : Hello, ada call ke tadi? sowwi la dah tido, nape?
DIA : Oh Hai, ha'ah call tadi... erkz...
Aku : Ada masalah ke? (baca : aku sindir baik punyeeee)
DIA : Erk, takdelaaa... takkan la sy call sebab ada masalah je
(baca : nak cover line konon)
Aku : yo laaaa... nape ngan dia? (baca : aku merujuk kepada "gf to be" dia lah)
DIA : ha, ni la... nak tanya awak, pakaian Smart Casual tu cane ye?
(Baca : aku dah agak!...)
Aku : Sape nak pakai? awak ke dia? (baca : tetiba aku cam naik hangin...tadaaa)
DIA : Dia la, dia nak konvo, jadi ada Dinner Class.
Dress Code, Smart Casual, dia x tau.
Aku : Owh, hmm...pakai baju yang selesa tapi bukan t-shirt,
jeans pun jgn, better pakai skirt labuh and blouse.
(baca : dalam hati aku tya "kenapa tak google je")
DIA : Oh ye ke?
Aku : Ha'ah, awak nak belikan dia baju ke? erm kat Mines banyak choice.
DIA : Apa? Mines? takde laaa (baca : tergelak...siot je)
Aku : laaa... betullaaa... kat Mines byk pilihan... kat sg wang pun ada gak,
kat BB kat KLCC tapi suma tu yang seksi2 ble la pakai... awak memang
nak yang macam tu ke?
(baca : papppp! aku imagin tampar muke dia... bagi sedar sikit)
DIA : Erk, takderlaaa... bukan nak beli tapi dia yang tanya

dan sekali lagi dalam hati aku... "tak reti nak google ke?"

Aku : OOOOOOOooooo, okay. How was ur new job anyway? (baca : aku tukar topik)
DIA : I kat sini lagi, next month baru g sana.

perbualan seterusnya berkisar tentang keje dia yang baru, pasal rumah baru, pasal nak beli kelengkapan rumah yang baru, pasal hidup baru... semua baru, tapi DIA bila tah nak jadi pengantin baru... penat aku tunggu...

pastu aku cakap la, sebelum dia masuk plant, for sure dia kena g training kat opis aku dulu tapi dia berlagak, lantak laaa... aku malas nak pikir (baca : konon je tu).

dan pastu lagi, aku dah tak boleh nak tidur... tergolek-golek la cari posisi selesa tapi debar dihati masih terasa...hehehe...

aku nak masukkan entri ni sehari selepas kejadian tu tapi disebabkan pc aku masuk klinik, aku tunggu hari ni baru menjoyah...

erkz... aku joyah rupanya... huwahahahahahahahaaaa!