14 April 2008
ada apa dengan hujung minggu 2
Usai terapi relaksasi, aku menhitung masa, ada 1 jam 40 minit lagi sebelum wayang bermula. Erm, aku menapak ke kedai buku Popular. Terjebak jadi member seterusnya membeli 2 buah buku yang nilai kesemuanya lebih dari RM100... worth it or not? ah... untuk ilmu apa salahnya...
Perut berkerocnong, lapar la pulak tapi seleraku seolah-olah mati semenjak dua menjak ini. Teringat Kak D pernah makan di Secret Recipe seorang diri sebelum ini.... Hmmm...Secret Recipe...not bad...
Caramel Macchiato and Pan-Grilled Dory Fish with Lobster Sauce... sound so delicious... sengaja aku pilih menu yang mahal dan mengada-ngada... entah...banyak duit kot...hahahha
Tengah menjamu selera, duduk seorang mamat selang sebuah meja dari tempat aku bersantap. Macam pernah kulihat mamat mata kuyu ni tapi dimana ya? OH... aku baru bertembung dengan dia masa turun dari eskalator tadi. Hmmm... yes... and he was a VJ in 8TV Quickie, also pelakon dalam Good Bye Boys dan Gol & Gincu. Ah...sape nama dia? Tak sangka aku masih boleh bergembira dengan apa yang aku alami sekarang.
9.30pm, selesai membayar bil secret recipe yang nilainya kurang 10sen menjadi RM30, hentian seterusnya adalah TGV, di dewan bernombor 8 dan kerusi J7... cukup selesa untuk aku bersenang lenang dan ketawa menangis seorang diri melihat filem terbaru Adam Brooks, Definitely Maybe... lakonan Ryan Reynolds dan Isla Fisher. Ceritanya sangat menyentuh jiwa dan raga, dan akulah April yang mengharap sesuatu yang tak pasti... dan aku akan berceruita lagi tentang ini...
13 April 2008
ada apa dengan hujung minggu 1
Balik umah tukar baju, pakai t-shirt longgar yang maha lusush tapi sedap bila dipakai, rase berangin je...hehehehe...cuci muka, kaki semua, terus baring langsung terlelap. Tapi sempat gak mimpi...erm...
Bangun-bangun tengok jam dah pukul 6.00petang. Badan ni rasa malas je nak bangun tapi mengingatkna malam ni ju dan sarah nak datang tengok AF kat umah, terpaksalah bangun dan kemas bilik. Kemudian keluar ke Pasar Malam Bangi dekat Shell. Beli Yong Tau Fu dan skarf kepala. Skarf sebelum ni tercicir kat mane tah.... Abih la jugak dalam RM20...
Sampai umah, makan sikit, takde selera. Lepak-lepak sambil tengok TV. Mane la Juju ni tak sampai-sampai lagi, kata tadi nak datang pukul 8.30malam. AF pun dah nak mula... nampak gaya opening concert aku tengok sendorang la... kene mengutuk dalam hati la jawabnya. hehehe
Juju sampai masa pelajar ke-4 membuat persembahan... sape aku dah tak ingat (baca : skrg ni daya ingatan aku dah semakin kurang, byk tgk maksiat kot). Overall concert memang kurang memuaskan. Rasa menyesal tengok pun ada, sekejap-sekejapa aku tu7kar channel lain.
Pukul 10.45malam, lepas mengetahui Faisal terkeluar dalam konsert kali ini, dengan perasan puas hati kami keluar untuk makan malam di Tasik Idaman, Bangi. Lepak-lepak sambil mengumpat then pukul 1.00pagi kitaorang balik rumah selepas hantar Sarah ke Sg Jelok, Kajang.Aku dan juju terus masuk tidur sesampainya di rumah, penat sangat kot jadi tak sempat bersembang panjang.
Keeseokannya (hari ni laaaa), aku bangun macam biasa tapi dek melihat Juju tidur dengan culasnya sambil peluk bantal yang takde sarung (baca:pemalas betul...aku dah kasik sarung semalam suh dia pasang sendiri), aku pun layan balik tidur. 2 kali aku keluar g tandas nak terkencing, pastu sambung tidur...ape punye anak dara daaaaa.... hehehe
10.30 pagi masing-masing terpisat-pisat bangun. "Wei, kata nak tengok Definitely Maybe", aku menyindir Juju... hehehe , akhirnya kami setuju tengok wayang kat Alamanda. uiks... lama sungguh aku tak lepak alamanda... semenjak aku ada skandal dengan orang putrajaya nih, aku dah membataskan pemergian aku ke sana...hehehe...kantoi kang susah... penat je aku berlakon selama nih. kui kui kui...
Sampai kat Alamanda, tempat pertama yang dituju adalah GSC, malangnya Filem Definitely Maybe tu takde lak ditayangkan di GSC, dengan hampa aku dan juju bersantap di Rasaria Food Court sambil membincangkan aktiviti seterusnya selepas makan. Bile dh kenyang, mulalah malas nak buat sebarang aktiviti. Last-last shopping kat carrefour, then juju anta aku balik umah.
AKu pulak, takut bosan duduk rumah, sanggup masuk ofis. Baik aku buat keje sikit, fakskan surat jemputan pada peserta seminar lebih baik dari duduk rumah yang hanya menonton tv dan tidur...(arghhh...boringnyaaa)...
and now, im in the office, blogging and sending an Invitation Letter via prospect to our next seminarat at the same time. After this, i'll drive to Jusco Cheras, i had an appouintment at Thai Odysssey. Relaxing my mind and my soul after a month having inferiority complexion in my life... everything has mixed up and broke my heart
Aiyoooo... aku tak tau lah kalau 2008 sebenarnya banyak mengundang air mata dan derita. Malang sungguh nasib aku... baik dari hubungan keluarga, kawan serta kekasih...(erk...ada hati lagi tu nak ada kekasih...ahax)..
Apepun, hidup mesti diteruskan waima apa pun yang terjadi. go go chayok nani!!!
10 April 2008
bila nak daki gunung?
09 April 2008
Period Pain punye story
Menstrual cramps are sharp pains in a woman's lower abdomen that occur when her menstrual period begins and may continue for 2-3 days. Symptoms can range in severity from a mild annoyance to severe pain that interferes with normal activities. Menstrual cramps are the leading cause of absenteeism in women younger than 30 years. Although over half of women who have menstrual periods experience some discomfort, 10% are temporarily disabled by symptoms.
Rujukan :http://www.emedicinehealth.com/menstrual_pain/article_em.htm
Hampir 6 kali turutan 'keuzuran' namun gejala sakit senggugut tidak aku alami. Sekadar perubahan sikap dan perasaan yang agak kurang stabil dan lebih sensitif tatkala tiba saatnya.
Awal seminggu aku sudah didatangi PMS (Pre-Menstual Syndrome), jiwa gelisah, sakit perut, sengal-sengal pinggang,badan dan tuttttt, sensitif atau lebih tepat lagi jiwa kacau, hilang ceria, suka memencilkan diri dan macam-macam perkara pelik berlaku. Sah! ini semua petanda aku nak period...Senggugut merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Biasanya disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_senggugut
period? bukan satu isu pun, namun kedatangannya kali ni membawa sakit yang teramat sangat pada bahagian bawah perut. Masa-masa beginilah aku amat berharap ada jejaka diluar sana yang sudi mengambil aku menjadi isteri yang kemudiannya akan membuat aku mengandung dan melahirkan anak...erk.... sebab dari cerita yang aku dengar, gejala senggugut ini hanya dialami oleh perempuan muda yang belum berkahwin dan belum melahirkan anak. Maknanya, once dah dapat baby, masalah ni akan selesai melainkan kita menghidap endometriosis. (yang ni lain pulak penyakitnya)
ah!...sakit menyerang lagi...tak tahan la.... adui....
06 April 2008
cerita hujung minggu
Sunday morning, Ah! malasnya nak bangun pagi tapi mengingatkan nawaitu semalam nak ke Yayasan Salam. Ada program cuci kereta amal untuk mencari dana bagi program 3R adik-adik Syifa ke Penang bulan Mei nanti. Proposed budget 10K...mak aih! mana nak cari cuit tu? surat-surat sudah dihantar ke company-company besar yang mengaku prihatin, tapi nampaknya mendapat feedback yang kurang menggalakkan. Oleh itu, sukarelawan Salam memerah otak memikirkan jalan alternatif. Selain berharap kepada penaja, Sukarelawan Salam bersetuju membuat Program Amal Cuci-cuci kereta (http://www.salam.org.my) pada setiap hujung minggu selama 5 minggu. Kemudian, kami juga mengumpulkan barang-barang terpakai untuk dijual. Tadi petang masa lepak-lepas sambil tunggu kereta nak dicuci, ada pulak yang memberi cadangan supaya kami menjadi penyanyi jalanan di Bukit Bintang...wah!... menarik jugak tapi boleh ke?...
Hmmm, macam mana penat sekalipun, aku tetap puas dengan pencapaian selama dua hari di hujung minggu ini... tak jadi g Bagan Lalang pun takpelahhhh.... better than nothing!
04 April 2008
Kenapa ini harus terjadi?
Y : Apa dia? awak cacat ke? atau awak ada yang lain?
X : Sebenarnya saya ada kekasih hati,kami jarang jumpa, sebulan sekali je. Bile sunyi je saya cari awak, bile sdih je saya cari awak, saya gunakan awak. Dalam masa yang sama saya suka kawan ngan awak tapi saya tak boleh teruskan sebab saya dah ada dia.
Y : Oh!... I got it! Saya selalu sangat bertemu dengan orang-orang yang sudah berpunya. Saya sangat-sangat terluka tapi takpe, nak buat macamana. Sekurang-kurangnya saya tahu jugak akhirnya. Terima kasih sekali lagi.
Z : Tapi saya masih nak berkawan dengan awak, boleh ke? Maafkan saya buat macam ni tapi awak istimewa juga buat saya.
Y : Saya tak rasa ini satu idea yang baik untuk kita. Bagi saya ruang untuk bersendiri. Saya tak faham kenapa awak sanggup lakukan semua ni pada saya. Seketika, saya akur dengan apa yang pernah saya katakan dulu “Men will use women for their own sake, for their own happiness” hmmm…
Z : Sorry to tell you da truth.Atleast im not lying anymore . Itulah kawan sebenarnya. If start fromnow im not your friend, I just wanna say take care of yourself. Saya jahat bukan untuk kamu.
Y : Yeah!, you telling me da truth at last, after a year we have those shit relationship. u admit playing fool around me,u'll find me whenever you feel lonely and far away from your beloved one. Who do u think I am? slut? slave? ah shit! I hate you!
dan malam pun berlalu dengan esakan dari seorang perempuan yang telah dihancur-leburkan hatinya. Tangisan yang mengundang dendam...
03 April 2008
I hate waiting!
Sekarang, jam menghampiri 10.00 malam, Jangankan muka, cahaya lampu kereta diorang pun tak nampak lagi. Sangat-sangat hampeh! alasannya sesat sampai ke Semenyih ...pastu aku cakap la jumpe kat Kopitiam Oldtown kat Sg Chua nun, diorang cakap OK.... KO kot.... suck!...
Aku tak kisah menunggu biarpun sejam lewat tapi biarlah bersebab yang boleh diterima akal logik alasannya. Lagi satu, jgnlah biar aku ni dah ready siap pakai tudung , sampai cair2 mekap (erk! pakai mekap ke?), alih2 hampir 5 jam menunggu, baru terhegeh-hegeh call kata tak jadi. Tak boleh SMS ke sekalipun awak tu sibuk? Ada teknologi buat mende lain... hampehhhh...
Sepatutnya sekali terkena aku surrender tapi aku bagi muke lagi... padan muke aku sendiri...hahaha (gelak ye korang!)
apepun, betullah, penantian tu satu penyeksaan... dan aku sangat-sangat benci menanti sesuatu yang tak pasti
02 April 2008
Lega : Bahagian 3
Aku seboleh-bolehnya mengelak untuk bertembung dengan dia. Malu? tak laaa, cuma aku tak tau nak cakap apa kalau terpaksa berhadapan dengan dia. Nak buat muka? dia tak pernah salah apa-apa pun. Cuma insiden yang berlaku kebelakangan ini banyak mengundang inferiority complex dalam diri aku. Cesssss!!!
Dek kerana jam sudah menunjuk angka 7.35, hp aku pun dah keluar lagu "How DO You Do" nyanyian Roxette (baca : alarm dah lewat la tu), jadi aku terus pakai tudung, lipat-lipat tudung, pin tudung, belek-belek muke balik, puas hati dengan penampilan, turun bawah.
Sampai kat bawah, aku bukak kete, kelibatnya masih tak kelihatan. Tak boleh tidur ke malam tadi risau pasal kereta dia? atau memang dia sengaja tunggu aku sebab nak marah April Foolkan dia malam tadi... atau... ahhh...aku memang selalu buruk sangka.
Tengah-tengah panaskan enjin kete, aku nampak dia turun tangga. Alamak! dia pandang kat kete aku lak. Oh...dia senyum, kussss semangat... aku pun siap angkat tangan sambil sengih bodoh. Huhuhu...
Masa tu seluruh urat saraf aku tegang tapi bile nampak dia ok je, terus kendur balik...hahahah... lega juga akhirnya.
** Moral of the story, jgn sesekali mengApril Foolkan orang...
01 April 2008
Lega : Bahagian 2
Tak lama kemudian, hp aku berdondang lagu Roxette (Tajuk lagu dirahsiakan),sah E call aku balik...sempatlah aku seringkas mungkin bercerita dari A-Z tentang aku dan dia. Tentang harapan yang sebenarnya takde dan kini memang benar-benar sudah tiada...(huwaaaa!!!) ...end of the story
Kemudian aku tanya Iwan tujuan dia berkunjung ke Muar...
"Sebenarnya saya g Muar ni ada cerita, saya nak jumpe parents awek saya (named Liyana - bukan nama sebenar)..."
Ape? E? nak melamar anak orang? Oh...E? oh tidak... there must something happen to him... terngiang-ngiang lagi E pernah cakap taknak ada komitmen dengan mana-mana aweks setelah dikecewakan.oh! lelaki...
"Entahla, i fikir, i'm not stay younger. Im getting older yearand year so i need someone to complete my life. Liyana ni i baru kenal dua tiga bulan lepas,adalah 3 4 kali jumpa dia. Not badlah, baik orangnya. Masih belajar kat KL...."
oh gosh!... aku pun tak tau nak cakap ape... frust? E ngan aku bukan ada ape2pun... namun jauh disudut hati...aku lega... lega sangat-sangat dengan pengakuan E. Setidak-tidaknya aku tak perlu menunggu esok untuk dia...juga untuk dia...
i feel free now!... yes!!!
Lega : Bahagian 1
Aku : "Hye, awak buat ape? dine wiv me at Oldtown Kopitiam. Ajak lah hsemate sekali..."
Dia : Sori la.. i baru balik tadi. Penat la, lagipun hsemate I kuar..Susah sukit klu bedua ni, i dah berpunya..hope u understand"....
Gulp... laaa... nape la tak cakap awal-awal. Kan senang aku tak payah nak usya-usya, takde nak menempek kat tingkap setiap pagi. Tak perlu nak berlari-lari melihat ke bawah setiap kali terdengar bunyi remote kereta..hahaha. lawaknye bile ingat balik...
Apepun, satu perasaan lega menusuk dijiwa. Tenang dan aman... baru aku perasan, selama ini aku dibebani dengan bayang sidia... tapi kini, semuanya sudah lepas bebas...
hmmm...
*sigh